Ahad, 25 Julai 2010

Kisah masuk rumah


Saya bukannya ada banyak cash sangat, jadi proses masuk rumah nih bergantung kepada kekuatan kewangan, dan tak berapa urgent sangat nak masuk rumah baru.

Kelmarin baru menghabiskan kira-kira RM800 untuk beli lampu. Jadi minggu ini memang plan nak pasang lampu.

Tangga pulak tak menepati spefikasi ketinggian siling, terpaksa pinjam tangga dari saudara Asnor Volvo T5
Haa nasib baik rumah dia dekat, angkut tangga jalan kaki aja.


Drilling Tool, saya dan adik ipar gunakan Black & Decker hammer drill ( RM160 ). Memang senang nak tebuk sebab mempunyai tukul besi terbina dalam. Tapi terlupa pulak nak beli alat pengesan kedudukan wayar. Dah kena beli lagi kat hardware.



Rumput carpet pula saya cangkul dari rumah sekarang, dan eksport ke rumah baru. Berpeluh jugakla nak keluarkan petak rumput. Terpaksa buat grid 2x6 dan cangkul ikut grid.

Dah sampai sana susun balik, nampak gaya proses import dan eksport rumput kena dilakukan banyak kali. Ikutkan hati, nak saja beli pasir dan tabur dulu, ratakan dan tanam rumput karpet ikut cara-cara yang betul.Tapi apakan daya, belum berkesempatan lagi.


Lampu pulak saya beli di Puchong. Berjaya juga pasang walaupun agak tertekan dengan kualiti lampu tersebut. Lepas ni tak nak lagilah beli rampu yang menyusahkan diri sendiri nak assemble. Lampu kat atas nih ada 2 set, 1 set ada 3 lampu, menjawablah terangnya. Guna mentol jimat tenaga.

Untuk sekuriti rumah, saya pergi ke hardware dengkil, dan beli butterfly grill saiz 3" untuk tambahan sekuriti di pintu depan. Dan saya juga tengah menguji CCTV buatan sendiri di bahagian belakang rumah,

Hari ini plan pasang lampu dining,dapur, bilik air dan outdoor. Next week nak survey kipas pulak.

Jenis kipas dalam pilihan
- KDK 5 blade ~ RM295
- Panasonic Bayu 5 ~ 285

7 ulasan:

  1. nasib baik grill takleh DIY kan? hehe... kipidap broo

    BalasPadam
  2. bab driil ni kena check wiring... cam aku main tibai je... terus pecah siling....

    BalasPadam
  3. Weh aku boleh lupa nak beli wire detector.....tetiba lampu dah tak hidup..macam mana mau repair ?

    BalasPadam
  4. eh rumah kt Sepang. Satu daerah.

    BalasPadam
  5. Air free kan ? :D

    Baru nak masuk laa mama, tunggu Wife balik dari Kelantan. U duduk belah mana pulak ?

    BalasPadam
  6. Blog walking... Terima kasih for info

    BalasPadam