Selasa, 20 Julai 2010

10 Cara jimat minyak dengan kereta transmisi automatik

Transmisi automatik ( amalkan guna D sahaja )

Baru baru ini kerajaan BN mengumumkan kenaikan harga minyak untuk RON95 kepada RM1.85 seliter. Jadi jika kereta anda menggunakan 100 liter petrol seminggu, kenaikkan ialah sebanyak RM5.

Rasa-rasanya ramai warga kota yang menggunakan kereta transmisi automatik dan mengeluh dengan milage kereta yang semakin hari semakin menurun.

Jadi bagaimana nak jimatkan minyak ?




Saya akan menggunakan istilah MPG, ( miles per gallon ) yang boleh dicapai oleh kereta. Buat masa ini saya menggunakan Petronas Primax RON95 yang hanya diisi di stesen minyak Putrajaya. Kereta yang saya gunakan, 2003 BMW  E39 520i SE dengan transmisi 5 kelajuan automatik. Jadi saya akan menggunakan mode D sahaja untuk ujian ini ( BMW mempunyai 3 mod pemanduan, D,DS ( sport ) dan Steptronik ( Manual ).

 Cuba belajar baca RPM ( tolok belah kanan ) dan maintain tidak lebih 3000 rpm

Teknik yang saya gunakan ialah :
1. Tidak menekan minyak dengan banyak dan secara tiba-tiba sewaktu berlepas dari keadaan henti. Mulakan dengan 2000rpm kitaran enjin dan sedikit-demi sedikit maintain 2500rpm.

2. Hadkan kelajuan enjin 2000rpm - 3000rpm di highway ( saya mencapai 80kmh @ 2000rpm di highway )

3. Pilih pejabat yang menawarkan flexible working hours. Elakkan bertemu dengan kesesakan lalulintas. Jadi pilih waktu yang terbaik di mana jalan raya kosong. Dengan ini penukaran gear akan dijimatkan dan sekaligus meningkatkan mileage kereta anda.

4. Pilih waktu sedang sejuk untuk bergerak, kerana di waktu panas, petrol mudah meruap dan menambahkan pengunaan.

5. Kurangkan perubahan pendikit minyak, jika bawa 3000rpm, cuba kekalkan rentak selama yang mungkin. Ini disebabkan jika anda mengubah tekanan pedal, fuel pump akan bekerja lebih untuk menyalurkan minyak tambahan

6. Kosongkan kereta anda, jangan bawa muatan berlebihan. Lagi ringan kereta lagi jimat.

7. Pastikan tayar anda mempunyai angin yang cukup dan sekata

8. Gunakan highway dari jalan yang mempunyai selekoh. Anda secara automatik akan memperlahankan kenderaan jika menghampiri selekoh, sekaligus gear akan terturun secara automatik. Ini menyebabkan tork akan berlebihan pengunaannya, sekaligus menambahkan pengunaan minyak anda.

9. Sentiasa tambah minyak jika meter telah menunjukkan 50%. Ini kerana untuk menjaga kesihatan fuel pump anda.. Jika fuel pump sihat, minyak yang dibekalkan pun sihat.

10. Sentiasa pastikan minyak enjin ditukar mengikut waktu. Jika anda menggunakan semi sintetik, kadar 5000km sudah memadai untuk menukar ke minyak baru. Minyak yang tidak ditukar, menyebabkan enjin sukar berputar, sekaligus menggunakan banyak petrol untuk bergerak.

Bacaan on board computer menunjukkan mileage sebanyak 32.4 mpg

Jadi, setelah mengamalkan step-step di atas, saya berjaya mencatat 32mpg dari Putrajaya ke Taman Teknologi Malaysia. Kebiasaannya, kereta saya akan mencatat sekitar 26-27 sahaja.



Lihat video teknik 3K RPM, untuk jimat minyak

14 ulasan:

  1. option yang ke 3 tu takbleh ikut r.. "Pilih pejabat yang menawarkan flexible working hours" opis hour sini tetap, takde flexible.. so kena keluar keje pagi2 sebelom jalan jem..

    BalasPadam
  2. he heh, pandai-pandailaa ko adjust timing....dan jangan pakai rim besi :D

    BalasPadam
  3. "8. Gunakan highway dari jalan yang mempunyai selekoh. Anda secara automatik akan memperlahankan kenderaan jika menghampiri selekoh, sekaligus gear akan terturun secara automatik. Ini menyebabkan tork akan berlebihan pengunaannya, sekaligus menambahkan pengunaan minyak anda." ni konfius, cari hiway lurus atau hiway bengkang bengkok?

    BalasPadam
  4. Highway yang tiada selekoh..kalau boleh tegak 90 darjah :D

    BalasPadam
  5. kalau kiraan 100km/L pun ada juga..cuma tak terasa macam european laa kalau guna km/100 :D poyo jer tuh he heh

    BalasPadam
  6. germany pakai metric la
    so, ko kena pakai liter/100km la

    hehe

    BalasPadam
  7. saya duduk Scotland Timur :D ...kereta ko dapat berapa MPG ..soalan cepumas nie

    BalasPadam
  8. ahaksss

    nia ahh http://www.fuelly.com/driver/metalbox/v70
    ni real punye... bukan reading dari meter

    BalasPadam
  9. Transmission cooler does help
    Kete mak aku manage to drop at least 1l/100km even bawak cam setan

    BalasPadam
  10. kalau kereta wira yang guna gear auto 3 gear cmner pulak ek?

    BalasPadam
  11. maintain rpm jangan lebih 3k..itu aja.......yang penting jangan bagi gearbox stress

    BalasPadam
  12. hari nie pun ttngah test.bawak 80km/h dari ampang ke kepong...bagi 2 ke 3 hari...nanti saya reply balik..tq bro

    BalasPadam
  13. Broooo mcm nye ko setting pg kat radio plak mpg die tuh....

    BalasPadam