Selasa, 27 Julai 2010

Training CakePHP @ Prime Minister Office Putrajaya


Dapat panggilan khas dari PMO, mereka nak saya buat training Advanced PHP menggunakan framework CakePHP 1.3. Training dibuat di ofis mereka. Nasib baik dekat dengan rumah saya di Presint 11. Student dalam 10 orang dan rata-rata mempunyai asas PHP walaupun kebanyakkanya tidak mempunyai asas OOP.

Jadi saya terpaksa tune cara pengajaran dan gunakan material pembelajaran versi mudah.


Kelas bermula dari 9am sampai 5pm dan makan peagi dan petang disediakan


Hari Pertama
----------------
1. Install CakePHP 1.3 ( dengan .htaccess dan tanpa .htaccess )
2. Pengenalan MVC dan struktur asas CakePHP ( folder & files )
3. Terus buat database, table structure
4. Setting CakePHP database dan pastikan dapat semua hijau dalam CakePHP starting page
5. Bina Model,Controller untuk Post menggunakan Scaffold
6. Bina MVC untuk Post tanpa guna Scaffold ( index,edit )
7. Pengenalan kepada Element, Layouts
9. Pengenalan kepada method Model Find,Save

Hari Kedua
-----------------
1. Pengenalan kepada custom Layout
2. Pengenalan kepada $this->render dan juga Model Update ( untuk update data )
3. Siapkan Edit dan View serta kosmetik CSS
4. Fungsi Delete serta confirmation prompt
5. Pengenalan kepada Model Relation ( hasMany,belongsTo )
6. Bina model Category
7. Pengenalan kepada Form Dropdown dan $model->find('list');








1 ulasan: