Lapar betul perut nih. Driving kereta dekat 1 jam 15 minit dari Pasir Puteh hingga ke Tumpat, Kelantan. Bila sampai sahaja ke Pejabat Penerangan Tumpat ( Wife kerja sini handle Banci 2010 area Tumpat ), aku pun berjalan ke pasar yang dalam 10 minit berjalan kaki. Kat sini pagi pagi dah sibuk, parking kereta pun dekat dalam simpang depan Pejabat Penerangan.
Pasar Tumpat nih kecik aja, tapi banyaklaa orang perempuan berniaga ( rata-rata memang perempuan aja ) sayur, sate,buah-buahan. Yang bestnya, kat sini ada Cina tempatan cakap bahasa Kelantan bila berurusniaga, fasih pulak tu. Kalau kat Batu Pahat,Johor, cina sana cakap melayu pun pelat.
Pagi nih, Kelantan baru lepas hujan, jadi cuaca sejuk macam di Cameron Highland. Bila berjalan-jalan tu, nampak pangkin tempat orang melepak. Jadi bila masuk pasar, aku nampaklah cara orang sini berniaga. Setiap peniaga akan mempunyai satu ruang berniaga, dan mereka akan duduk bersila sambil melayan pelanggan. Sayur-sayur pun nampak segar, mungkin ambil terus dari petani-petani di sini.
So aku sampai lah ke destinasi yang dituju. Peniaga satey di pasar Tumpat. Kalau naik kereta, boleh nampak asap satey nih naik ke atas berkepul-kepul. Satey nih 15 cucuk ( ayam & daging ), harganya dalam RM10. Dibungkus dalam kertas ( macam nasi lemak ). Memang penuh orang beratur nak beli satey dengan makcik nih. Disebabkan aku tak pandai berbahasa Kelantan, aku guna bahasa surat ( rasmi ). Sateynya, besar-besar belaka ( macam satey kajang ), ambil fresh dari tempat pembakaran, maybe suaminya dia yang bakar satey di belakang gerai, isterinya manage pelanggan.
Tunggu tak lama, sebab aku datang awal, so sekarang satey dah dapat, tengah cari port makan pulak. Tadi masa nak ke gerai sate nih aku nampak pangkin tepi jalan. Untuk orang awam agaknya, duduk bersila sambil makan dan baca surat khabar.
Dan berjaya juga aku merasa satey Tumpat. Isinya memang lembut, fuhh enak ( maybe perut lapar ), tapi kalau dibandingkan dengan satey HJ Samuri Putrajaya, memang jauh lagi sedap satey Tumpat. Lembut, isi banyak...cuma kuah satey dia tak pedas.
Lokasi: 6.1985 N, 102.1716 E
View Larger Map
Tiada ulasan:
Catat Ulasan