Isnin, 26 Julai 2010
Jabatan Perdana Menteri Malaysia, Putrajaya
Hari ini ada urusan di Jabatan Perdana Menteri. Saya tak pernah sampai bangunan yang paling grand dalam Malaysia ini. Yerlah pejabat Perdana Menteri kita.
So dengan senang hatinya, keluar dari Presint 11 ( sebab saya tinggal sana ) dan terus masuk ikut laluan khas perdana menteri. Terus kena tahan polis khas dan explain yang saya salah guna jalan, kena tawaf dulu bulatan gergasi presint 1 dan cari susur masuk Pejabat Perdana Menteri.
Rupanya jalanya sama macam nak pergi masjid Putrajaya dekat tasik tu. Bila dah sampai terus ke parking pelawat. 1 jam 50sen rate parking :D..Bayar RM1 pastu park sampai petang. Asal ada resit kata orang kat situ.
Jadi destinasi utama saya ialah Aras 2 Bilik Latihan Komputer SMPKE. So masa nak masuk, seperti biasa kena bagi IC, tapi yang membezakan pejabat ini dengan pejabat kerajaan yang lain, ada sistem x ray untuk scan barang dalam beg. Dan kalau bunyi beep masa melalui sistem x ray tubuh manusia, polis akan check.
Checkpoint pertama kena bagi IC dan dapatkan kad pelawat, kad ini kad pintar, untuk digunakan buka pintu dalam JPM. Ok bila dah lepas checkpoint pertama, berjalanlah ke lobi utama. Dalam 50 meter juga perjalanan menggunakan laluan kecil. Rasa macam sesat pun ada sebab jalan sorang-sorang.
Seterusnya jumpa pintu besar, mengikut papan arah saya pun membuka pintu tersebut, hall yang sungguh besar dan indah menanti saya. Macam masuk dewan besar White Castle dalam cerita Lords Of The Ring 3. Memang terpegunlah dengan hiasan dalaman. So saya berjalan lagi ( macam mengembara pun ya juga ), dan jumpa checkpoint 2. Kena tulis nama dan IC. Memang banyak polis dalam bangunan ini. Kemudian naik tingkat 1, dan akhirnya sampai ke destinasi.
Saya mengambil masa dekat 15 minit jalan kali dari kereta ke destinasi. Inilah kali pertama saya berjalan sebegitu jauh. Yang bestnya, air sinki kat sini semuanya heated. Sebab udara di dalam memang dingin.
Secara ringkasnya, saya cukup kagum dengan White House Malaysia ini, cukup bangga !
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan