Khamis, 8 Julai 2010

Rumah Teres Kota Warisan, Sepang

Nak dijadikan cerita, masa MAPEX ( Malaysia Property Fairs, Exhibitions, Conferences & Seminars ) 2007 di Midvalley, kami berjalan jalan mencari rumah impian. Cadangnya nak beli area berdekatan Putrajaya. Jadi pilihan yang ada, Taman Equine dan Kota Warisan.

Jadi masa belek-belek sample brochure rumah Kota Warisan, kami dah tertarik hati sebab saiz yang agak besar, 22x75 dan built up dekat 2200 sqft.

Terus bayar downpayment dekat RM1k time tu jugak dan pilih no lot. Rumah dijual pada harga RM247,000.00 dan dapat diskaun 7% sebab Bumiputera. Downpayment selebihnya guna akaun 2 KWSP ( 10% dari harga rumah ). Loan kami pilih dari Affin Bank.

Jangka siap rumah ialah pada November 2009 ( 2 tahun development ), dan bulan 10 2009, kami dah dapat kunci.

Haa time nih menjawablaa nak renovate rumah, kitchen kabinet, grill dan sebagainya. SO buatlaa grill dan kitchen kabinet tempahan khas. Seterusnya buat lampu sorot/ twillight kat semua bilik atas. Habis jugaklaa berbelas ribu ( in cash ! )

Masa blog ini ditulis, kami dalam proses nak pasang lampu,kipas,aircond dan juga langsir. Lambat masuk sebab wife pulak kena kerja @ Kelantan selama 3 bulan disebabkan Banci 2010.

So sekarang dalam proses nak beli lampu dulu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan