Khamis, 8 Julai 2010

1990 BMW E34 520i , dalam kenangan

Aku memang minat BMW, especially model 5 series E34. Design memang sentiasa evergreen. So bila dah bosan pakai Wira 1.3 GLi ( masuk trek tuh kereta nih ), pergilah beli model 1990 E34 pada harga RM34k ( agak mahal jugaklaa ), tapi rata-rata masa aku beli memang E34 semua harga 38k ++

So model yang aku beli nih, 5 speed manual dan condition sebenarnya agak teruk ( lemon car ), yerlaa time tuh takmo fikir panjang punya pasal. Pakai kereta nih pun dekat 3 tahun lepas tu jual dan tukar dengan Toyota Altis 1.8G.

Masa beli kereta ni, downpayment dekat 6k , selebihnya loan dari Bank Bumiputera Rockers, interest 5% mahal tak ingat.




















Ini condition kereta masa beli, stock standard kilang

















Interior dalaman, seat fabric, cari yg leather, kebanyakkanya dah hancur lebur. Nih laa first time pakai Bimmer, memang clucth berat serupa lori Scania agaknya.

















Rear seats, rear aircon masih berfungsi, ikutkan kata penumpang, E34 punya ruang lagi besar dari E39


















Dah modified sikit, suspension / absorbers rendah, muffler Sebring, rear spoiler AC Schnitzer dan rim 16 2 piece inci staggered Hartge. Rim nih memang mahal :D. Bila dah masuk Sebring nih barulah rasa indahnya bunyi enjin 6 silinder. Layan top speed pulak makin senyap, bila bawak slow slow, boleh dengar inline 6 rumble rock dia. Tapi still tak boleh lawan keganasan bunyi Skyline Inline 6.

















16 inci bukak 8 inci. Sekarang rim nih dah kat Singapore, E30 cabrio yang pakai, fully Hartge conversion. Menyesal jual pun ada, patut simpan kat rumah buat hiasan dinding

















Transformasi terakhir sebelum jual. Rim staggered 17 inci Racing Dynamics. Tayar depan 245, tayar belakang 265. Masih pakai lowered suspension yang sama, blackened kidney grill. Seat dah tukar leather full set.

Berapa banyak habis duit untuk modifikasi ?
Tak pernah kira, sebab takut kena heart attack

RM50 petrol boleh tahan berapa lama ?
One way Putrajaya -> Batu Pahat, habis full tank....jangan bicara pasal petrol kalau pakai BMW :D

Siapa mekanik ?
Selvam BMW PJ
Naidu Aircon PJ
Desa Pandan BMW

Kereta ini selalu tak jumpa doktor ?
1 bulan 2 kali average



Nih video masa racing kat Sepang F1, kena titik dengan semua kereta, yerlah bawak kereta kebal masuk trek......

Kesimpulannya, memang best tak terkata pakai BMW ( even kereta aku versi purbakala )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan