Jumaat, 23 Julai 2010

Pasang CCTV di rumah cara mudah guna Zone Minder

 Ubuntu Server & Client Lappy


Anda ingin memasang CCTV tetapi ingin kos yang rendah dah murah ? Nak dijadikan cerita, saya tengah menguji sistem CCTV menggunakan perisian open source, ZoneMinder.



Panggunaan resource di dalam Ubuntu Server
Skillset yang diperlukan
1. Command Line cowboy
2. Setting network
3..Basic linux ports, Apache troubleshooting
4. Penyabar dan pandai guna Google



Peralatan yang digunakan :
1. Sony VAIO + Linux Ubuntu Server @ 192.168.1.10
2. AXIS Network Camera 2100 @ 192.168.1.5
3. Linksys WRT54GL sebagai dump switch
4. 2 utas cable RJ45
5. HP Laptop sebagai client


Persediaan :
1. Pastikan anda boleh ping camera menggunakan konsol
2. Pastikan Linux Ubuntu anda mempunyai akses ke internet
3. Cuba buka alamat web kamera axis do Mozilla, dan pastikan video camera dapat diakses.




Ubah nilai RAM dalam /etc/sysctl.conf, naikkan jadi 256MB sebagai root, kemudian save

/etc/sysctl.conf

 Install ZoneMinder dalam Linux Ubuntu
1. sudo apt-get update
2  sudo apt-get upgrade
3  sudo apt-get install zoneminder
4. sudo ln -s /etc/zm/apache.conf /etc/apache2/conf.d/zoneminder.conf
5. sudo /etc/init.d/apache2 force-reload
Jika tiada apa-apa masalah, ZoneMinder akan jalan secara automatik


Mari mencuba buka alamat http://localhost/zm atau http://192.168.1.5/zm dan paparan di atas sepatutnya muncul. Klik button Add New Monitor .


Di General Setting, letak nama camera, Source Type pilih Remote, dan Function saya memilih Modect ( rekod video ). Anda boleh cuba semua function dahulu mengikut kesesuaian.

Di bahagian tab Source pula, jika anda sudah letak username dan password, letak di bahagian Remote Host Name username:password@192.168.1.5. Port default ialah 80 dan Remote Host Path ini mengikut jenis camera anda. Contoh di atas adalah untuk versi Axis 2100.

Save setting anda, dan paparan  akan berupa seperti gambar di atas. Jika camera anda diwarnakan merah, ada sesuatu yang tidak kena. Kebiasaaanya, memory tidak cukup. Anda boleh melihat log file di /tmp/zmwatch.log


Jika ini berlaku, sila naikkan jumlah value RAM di /etc/sysctl.conf ( seperti contoh di atas ) dan restart semula server Zone Minder dengan melaksanakan arahan :

sudo /etc/init.d/zonefinder restart

Seterusnya mari kita cuba fungsi Motion Detection. Untuk itu, cuba lakukan beberapa pergerakan di depan camera dan cuba lihat event yang terhasil dalam paparan camera di dalam panel kawalan Zone Minder


Senarai Events

Event akan terhasil jika pergerakan dikesan. Cuba klik link mengikut event, dan paparan seperti di bawah akan terhasil.

Video paparan tangan

Akhirnya, anda dapat memiliki sendiri sistem CCTV buatan sendiri.

Kos kos anggaran
1 unit camera ~RM200
1 unit pc + network interface ~ RM500
1 unit dump switch ~ RM50
2 set RJ45 network cabling ~ RM50

Dengan kos tidak mencecah RM1000/= anda sudah boleh memiliki sistem CCTV yang canggih.

Rujukan

17 ulasan:

  1. bos, kalau wifi camera agak2 berapa harga ?

    BalasPadam
  2. kalau wireless camera atau IP Camera, kena rajin survey kat Lowyat atau beli online. Check http://www.zoneminder.com/forums/viewtopic.php?p=58769

    BalasPadam
  3. boleh buat smart security system kt KW nih
    manage kuar masuk org dlm taman tanpa guard

    org jahat kalu
    palang tak naik

    heheee

    BalasPadam
  4. wifi kamera masih mahal paling murah dapat RM1,500 sebijik

    BalasPadam
  5. mahal beno laa IP Wireless Camera, rasanya kat KW aku guna used network camera ajalah...cabling terus dalam rumah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Berapa harga IP Wireless Camera tuan ? Tolong advise mahal beno, mahal bebeno, atau mahal gilerr?

      Padam
  6. webcam leh jalan tak?hehe. amik murah.

    BalasPadam
  7. kalau webcam, guna software Webcam7, search dalam google.

    BalasPadam
  8. saya awam di dunia linux, tapi saya mendapat tugas mengenai zoneminder
    saya menggunakan ubuntu 10.10
    setelah mengikuti bbrp tutorial seringkali mengalami kegagalan, awalnya sempat zonemindernyatdk bisa running, lalu setelah instal ulang running tp tdk ada tampilan gambar, setelah instal cambodia (kalo tdk salah namanya), layar gambar muncul, namun yang tampil hanya layar hitam.

    saya menggunakan Lenovo ThinkCentre A70Z-1165B8A, dimana sudah ada webcam didalamnya (jadi tdk menggunakan web cam tambahan) dgn spesifikasi 1.3 pixel webcam and interbal mocrophone

    tambahan, disini saya juga akan menambahkan ip camera dgn model TV-IP100

    saya sangat berharap bantuannya dari dasar
    email saya: dinaamriyani@gmail.com

    terima kasih

    BalasPadam
  9. boleh tak pasang cctv tapi tak menggunakan interent?

    BalasPadam
  10. kalau internet tak de camna nak tengok balik kita punya record cctv naik taip arahan apa ..sebab ubuntu nie teman pening sikit...mohon bantu

    BalasPadam
  11. SALAM saya ada jual wireless ip camera ..ada push video notification terus ke hp bila ada pergerakan tak kira dimana pon kita berada asalkan ada internet conection..two way comunication dari camera ke handphone macam walkietalkie..rm 680 memoricard tak disediakan..boleh tengok sini http://cctv-autogate-alarm.blogspot.com/

    BalasPadam
  12. Very nice blog! it is very informative and easily to understand, I would like to share this blogs to my colleagues as a guideline to their clients, if they would like to install IP Camera by themselves.

    BalasPadam
  13. Zone Minder Linux is easily be hacked..... I am not kidding, because my boyfriend's just been hacked. CCTV Cameras

    BalasPadam