Memaparkan catatan dengan label makan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label makan. Papar semua catatan

Rabu, 4 Ogos 2010

Nasi Ayam Kampung Awan Besar

Ayam Kampung, Ikan Masin, Budu Kelantan
Peha dan Kepak

Tadi tekak terasa nak makan Ayam Kampung. Jadi , destinasi paling dekat, Restoran Hassan Nasi Ayam Kampung yang terletak di RnR Awan Besar. Seketul ayam kampung harga RM4, jadi saya pilih peha dan kepak. Lauk pulak ambil kuah daging, cecah budu dan teh O Ais. Semuanya RM12/=

Apa yang bestnya ayam kampung ?
  • Ratah sampai tulang
  • Dagingnya lembut dan lebih rasa
  • Sedap dicecah sos budu yang ditumis dengan lada
  • Makan seketul tak puas, mesti nak 2
Harga : RM4 seketul
Lokasi : http://wikimapia.org/84066/Rest-Area-Kesas-Highway-Awan-Besar

Ahad, 1 Ogos 2010

Nasi Beriyani Batu Pahat Salim


Peminat nasi beriyani seperti saya ini, memang agak cerewet kalau bab makan, lebih-lebih lagi makan nasi beriyani. Jadi saya mencuba nasi beriyani Hj Salim menggunakan tag Nasi Beriyani Batu Pahat. Lokasinya terletak di hadapan JPJ Bukit Katil Melaka,

Menu :
  1. Ayam
  2. Daging
  3. Kambing
Hargnya dalam RM6 sepinggan. Tidak keterlaluan jika saya katakan, lagi sedap dari Beriyani Mat Shah, Peserai Batu Pahat. Kelembutan kambingnya, lebih-lebih lagi jika memimilih rib steak ( kambing tulang ). Mau order 2 kali, confirmed !

Lokasi : Bukit Katil, Melaka
Harga : RM6 sepinggan
Contact : Hj Salim, 012 - 252 3870
Wikimapia: http://wikimapia.org/1368830/Jabatan-Pengangkutan-Jalan-Melaka

Tips : Hubungi Hj Salim dulu sebelum datang, takut beriyani dia habis cepat.

Jumaat, 30 Julai 2010

Sup Fulamak Sungai Besi

Gerai tepi jalan


Sup Paru & Daging + Bihun

Minat makan sup dari seberang ? Sup Fulamak memang favorite saya kalau musim  hujan. Makan pula cecah sambal kicap dan jeruk lada memang membuka selera.

Menu : Sup Ayam,Daging,Paru, Campur
Lokasi : Pekan Sungai Besi
Harga : RM5-6

Ahad, 25 Julai 2010

Ayam kedai Mamak Putrajaya P9 ada telur lalat !

Mulai hari ini, aku tobat taknak makan kedai mamak lagi. Sungguh pengotor. Alkisahnya saya dan adik ipar kepenatan pasnag lampu dan kipas di rumah baru area Kota Warisan. On the way balik, kami singgah ke mamak kembar di selera putra Presint 9.

Saya order nasi goreng ayam dan Sofian order nasi lemak ayam. Nak dijadikan cerita dan 50% makanan masuk perut, Sofian tiba tiba terkejut,ada telur lalat dalam ayam !

Jumaat, 23 Julai 2010

Mee Sizzling Giant Kinrara

Adakah mee sizzling serupa macam dalam gambar hiasan ?

Banyak sgt pilihan menu , jadi saya order mee besar campur telur dan ayam masa Black Pepper

Air ribena dan mee sizzling ayam Black Pepper siap dengan jeruk Lada, sungguh pembuka selera

Nak di jadikan cerita, dah lama tak rasa Mee Sizzling Giant Kinrara. Mee sizzling di sini tukang masaknya Melayu, dan stallnya bersih. Kebiasaannya ramai yang beratur nak beli, jadi kalau time lunch, kena datang awal.

Apa specialnya mee sizzling Giant Kinrara berbanding tempat lain ? Ada black pepper, dan ayamnya segar. Kuahnya cukup banyak dan pedas, dan paling penting ada banyak ketul cendawan hitam dalam rencahnya.


View Larger Map

Rabu, 21 Julai 2010

Nasi Lemak Kukus Ayam Berempah Putrajaya

Cadangnya hari ini tak nak makan nasi. Selepas berjaya 2 hari cuma makan mee sahaja, demi nak turunkan berata badan dari 85kg ke 83kg, tapi bila dalam perjalanan balik ke Putrajaya dari Taman Teknologi Malaysia, sudah terbayang dalam kepala otak, bestnya makan nasi lemak kukus ayam berempah Putrajaya.

Jadi gagallah misi saya untuk tidak makan nasi selama seminggu. Saya memandu kereta ke medan selera Presint 9. Nampak dari jauh parking dah penuh, kereta bersusun kiri dan kanan. Mungkin semua orang lapar seperti saya, ditambah pula dengan cuaca dingin sebab hujan.

Nama gerai penjual nasi ini, Nasi Lemak Kukus ( rasanya ). Boleh pilih nak makan nasi ayam atau nasi lemak. Ayam yang terhidang baru sahaja naik dari kuali yang panas, jadi saya order yang ayam peha, mintak sambal lebih dan sekeping telur mata. Harum bau nasi lemak, ditambah pula dengan aroma ayam berempah dan dihidangkan dengan daun pisang, memang pembuka selera.

Harganya dalam RM6.50, tapi berbaloi. Ayamnya segar dan cukup rasa. Smabalnya tak pedas sangat, bolehlah untuk orang yang gagal tahan pedas seperti saya. Minum pula air soya sejuk.

Jadi di mana anda boleh menjamu selera nasi lemak di atas ? Sila ke posting saya sebelum ini, Mee Rebus Sup Tulang Haji Wahid, ianya berada di lokasi yang sama.

Ahad, 18 Julai 2010

Makan : Sate Pasar Tumpat, Kelantan



Lapar betul perut nih. Driving kereta dekat 1 jam 15 minit dari Pasir Puteh hingga ke Tumpat, Kelantan. Bila sampai sahaja ke Pejabat Penerangan Tumpat ( Wife kerja sini handle Banci 2010 area Tumpat ), aku pun berjalan ke pasar yang dalam 10 minit berjalan kaki. Kat sini pagi pagi dah sibuk, parking kereta pun dekat dalam simpang depan Pejabat Penerangan.

Pasar Tumpat nih kecik aja, tapi banyaklaa orang perempuan berniaga ( rata-rata memang perempuan aja ) sayur, sate,buah-buahan. Yang bestnya, kat sini ada Cina tempatan cakap bahasa Kelantan bila berurusniaga, fasih pulak tu. Kalau kat Batu Pahat,Johor, cina sana cakap melayu pun pelat.




 Pagi nih, Kelantan baru lepas hujan, jadi cuaca sejuk macam di Cameron Highland. Bila berjalan-jalan tu, nampak pangkin tempat orang melepak. Jadi bila masuk pasar, aku nampaklah cara orang sini berniaga. Setiap peniaga akan mempunyai satu ruang berniaga, dan mereka akan duduk bersila sambil melayan pelanggan. Sayur-sayur pun nampak segar, mungkin ambil terus dari petani-petani di sini.


So aku sampai lah ke destinasi yang dituju. Peniaga satey di pasar Tumpat. Kalau naik kereta, boleh nampak asap satey nih naik ke atas berkepul-kepul. Satey nih 15 cucuk ( ayam & daging ), harganya dalam RM10. Dibungkus dalam kertas ( macam nasi lemak ). Memang penuh orang beratur nak beli satey dengan makcik nih. Disebabkan aku tak pandai berbahasa Kelantan, aku guna bahasa surat ( rasmi ). Sateynya, besar-besar belaka ( macam satey kajang ), ambil fresh dari tempat pembakaran, maybe suaminya dia yang bakar satey di belakang gerai, isterinya manage pelanggan.
Tunggu tak lama, sebab aku datang awal, so sekarang satey dah dapat, tengah cari port makan pulak. Tadi masa nak ke gerai sate nih aku nampak pangkin tepi jalan. Untuk orang awam agaknya, duduk bersila sambil makan dan baca surat khabar.


Dan berjaya juga aku merasa satey Tumpat. Isinya memang lembut, fuhh enak ( maybe perut lapar ), tapi kalau dibandingkan dengan satey HJ Samuri Putrajaya, memang jauh lagi sedap satey Tumpat. Lembut, isi banyak...cuma kuah satey dia tak pedas.

Lokasi: 6.1985 N, 102.1716 E


View Larger Map

Makan : Alemy Maggi Ketam Cherang Ruku



Nih aku nak share makan sedap di Pasir Puteh, Kelantan. Nak dijadikan cerita, Pak Busu aku bawak pergi makan di satu kedai Melayu, di Cherang Ruku, Pasir Puteh, Kelantan.

Perjalanan dari pekan Pasir Puteh dalam 20 minit, menghala ke Tok Bali. So, bila kami sampai di sana,kami pelanggan pertama. Ingatkan cepat servis dia, tapi disebabkan malam itu malam minggu, ramai keluarga lain dan pre order dengan telefon dahulu tokey kedai. Kami tunggu pun dalam 15 minit sahaja untuk menikmati hidangan Maggi Ketam.

Bagaimana resipi ini wujud ? Menurut Pak Sedara, nelayan Kelantan akan bawa bekalan Maggi ke laut untuk bekalan makanan, jadi bila sampai di laut, mereka rebus bersama ketam untuk jadikan sajian utama. Jadi lema-kelamaan, menu ini dikomersialkan untuk santapan orang awam. Begitulah kisahnya.

Bagaimana rasanya ?
Semalam saya mencuba makan udang goreng di Pasar Seri Khadijah, Kota Bharu, memang puas makan udang walaupun harganya RM10 seekor Jadi hari ini , saya mencuba Sup Maggi Ketam. Ketamnya mudah nak diratah sebab dah direbus hingga lembut, cuma kena ada skill tangan nak leraikan isi ketam.

Ketammnya memang top class, besar,manis dan segar. Ditambah pula dengan aroma sup Maggi yang telah meresap, memang tak terkata. Aku makan ketam dulu, asingkan dengan maggi, ada diberikan pingan besar untuk meratah ketam. Boleh dikatakan, ketamnya segar-segar belaka. Sedang sibuk kami makan, semua meja-meja kiri dan kanan dah dipenuhi orang tempatan. Nasib baik datang awal.

Alamat :  No10 Bazar MDPP, Cherang Ruku, Pasir Puteh, Kelantan.


View Larger Map

Rabu, 14 Julai 2010

Mee Rebus Tulang Merah Haji Wahid Putrajaya





Aku yang duduk Putrajaya sejak 2003 nih boleh tak tau ada makan sedap rupanya kat Medan Selera Presint 9. Nama dia Mee Rebus Haji Wahid. Rasanya cukup sedap, lagi-lagi ratah tulang merah tu.

Harga : RM7.50

Map ke sana : http://wikimapia.org/5520099/Medan-Selera-Presint-9

Khamis, 8 Julai 2010

Nasi Lemak Tauhu/Taufu Bukit Pasir, Batu Pahat

















Kalau berkunjung ke Batu Pahat, Johor, jangan lupa rasa Nasi Lemak Tauhu di  Bukit Pasir, sebelah Econ Minimart. Memang pedas dan sedap....sedap aja memanjang. Nasi lemak nih powernya bab kuah tauhu tuh .....

Pasar Buluh Kubu @ Belakang Pasar Siti Khadijah



















Nasi Kerabu ....memang sedap

Nih masa aku berkunjung ke Kota Bharu last week naik Air Asia ( harga tiket RM265 pergi & balik ). Singgah sebentar di pasar Buluh Kubu. Beli Hot Dog saiz XL. Puas makan