Cadangnya hari ini tak nak makan nasi. Selepas berjaya 2 hari cuma makan mee sahaja, demi nak turunkan berata badan dari 85kg ke 83kg, tapi bila dalam perjalanan balik ke Putrajaya dari Taman Teknologi Malaysia, sudah terbayang dalam kepala otak, bestnya makan nasi lemak kukus ayam berempah Putrajaya.
Jadi gagallah misi saya untuk tidak makan nasi selama seminggu. Saya memandu kereta ke medan selera Presint 9. Nampak dari jauh parking dah penuh, kereta bersusun kiri dan kanan. Mungkin semua orang lapar seperti saya, ditambah pula dengan cuaca dingin sebab hujan.
Nama gerai penjual nasi ini, Nasi Lemak Kukus ( rasanya ). Boleh pilih nak makan nasi ayam atau nasi lemak. Ayam yang terhidang baru sahaja naik dari kuali yang panas, jadi saya order yang ayam peha, mintak sambal lebih dan sekeping telur mata. Harum bau nasi lemak, ditambah pula dengan aroma ayam berempah dan dihidangkan dengan daun pisang, memang pembuka selera.
Harganya dalam RM6.50, tapi berbaloi. Ayamnya segar dan cukup rasa. Smabalnya tak pedas sangat, bolehlah untuk orang yang gagal tahan pedas seperti saya. Minum pula air soya sejuk.
Jadi di mana anda boleh menjamu selera nasi lemak di atas ? Sila ke posting saya sebelum ini, Mee Rebus Sup Tulang Haji Wahid, ianya berada di lokasi yang sama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan