Sabtu, 24 Julai 2010

Statistik daftar pemilih dari SPR 2010

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh SPR, nampaknya hanya UMNO sahaja yang gigih buat kerja dalam usaha mendaftar pemilih baru berbanding parti komponen lain. Di pihak PR pula, kesemua parti gigih buat kerja, malah DAP sahaja berjaya mendaftar 55,321 anak muda untuk menjadi pemilih berdaftar.

Jadi di sini menujukkan PR membuat kerja di sebalik tabir, walaupun media utama negara dikawal oleh BN, statistik tetap berpihak kepada PR.

Angka di atas menunjukkan parti mana yang peka dengan golongan muda. Siapa yang berjaya mengurat anak muda,menerangkan kepentingan politik kepada anak muda, kuasa memilih kepada anak muda. Nampaknya PR sangat berjaya dalam hal ini.

Adakah petanda ini menunjukkan sesuatu dala PRU yang seterusnya ? Kita nantikan sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan