Rabu, 21 Julai 2010

Kelebihan kereta berkuasa diesel

Kalau di Eropah, kereta berkuasa diesel amat popular di sana disebabkan jumlah jarak yang boleh dicapai berbanding kereta berkuasa petrol.

 Audi R10 TDi

Jika anda peminat siri kereta lumba Le Mans atau World Touring Car Championship di saluran sukan Astro, kereta lumba berkuasa diesel telah menguasai arena. Audi R10 TDi yang berkuasa diesel sudah banyak memenangi siri perlumbaan Le Mans dan menjasi pasukan yang agak mustahil untuk ditewaskan.



 Seat Leon WTCC

Dalam siri WTCC pula, Seat menggunakan kuasa diesel juga menjadi pencabar utama pasukan lain yang menggunakan petrol, malah saya pernah lihat dengan senangnya kereta berkuasa diesel ini meninggalkan lawan mereka di atas litar.

Peugeot RCZ Diesel

Tidak terhad di Le Mans dan WTCC, di dalam perlumbaan 24jam Nurburgring atau lebih dikenali sebagai Neraka Hijau,  pihak penganjur telah melancarkan kategori diesel dan Pasukan Peugeot berjaya menduduki tempat pertama dan ketiga menggunakan kereta model Peugeot RCZ.

Jadi, nampaknya diesel di Eropah lebih menjurus kepada teknologi hijau dan kebanyakkan pemandu di Eropah lebih gemar memilih kereta berkuada diesel berbanding petrol.


Untuk segmen kereta mewah, BMW dan Mercedes menguasai arena ini. BMW amat terkenal dengan model E60 535D. Model ini boleh menjana 700nm kuasa tork dengan hanya melakukan perubahan ECU sahaja.

Jika anda belum pernah lihat video Audi LeMans R10 Tdi, saksikan video di bawah dan nikmati Sound Of Speed







Tak cukup dengan itu, dragster di America juga telah menggunakan diesel. Cuba lihat video di bawah. Pasukan lumba Banks berjaya mencatatkan masa 7.77 saat @ 1/4 mile.







Jadi, dengan pengenalan diesel piawai EURO4 di negara Eropah, memiliki kereta diesel sudah menjadi satu kemestian.

Kelebihan utama kereta berkuasa diesel ialah jumlah jarak perjalanan yang dapat dicapai dengan 1 tangki penuh berbanding petrol. Perbandingan kasar yang dibuat oleh pengguna kelab BMW Malaysia, rata-rasa 1 tangki penuh BMW E90 320D dapat mencapai 800km berbanding 500km oleh model 320i. Jarak ekstra 300km sungguh bermakna untuk individu yang mementingkan efisyen dan mileage. Kereta modern berkuasa diesel juga tiak mempunyai bunyi enjin yang bising seperti teksi Mercedes zaman dulu.

Tapi malangnya, kualiti diesel di Malaysia tidak setanding dengan Eropah. Di Malaysia, kualiti piawai cuma Euro 2 sahaja, dan kereta berkuasa diesel yang di bawa ke Malaysia perlu diubahsuai ECU supaya enjin dapat menerima kualiti diesel yang rendah di Malaysia.

Jadi, bagaimana anda hendak mencari kereta diesel di Malaysia ? Saya akan gunakan Mudah.my untuk melakukan carian dengan keyword "diesel". Seperti yang dijangka, hanya kereta komersial dan 4WD sahaja memenuhi paparan utama. Kemudian saya ubah keyword kepada "Mercedes Diesel"

Boleh tahan juga listing, tetapi terhad kepada Mercedes sahaja, anda boleh cuba model model lain dan tambah perkataan diesel dan bandingkan harga. Dari hasil carian, jelas sekali penerimaan kereta berkuasa diesel di Malaysia amat rendah. Malah 2 pengeluar utama kereta tempatan, Proton dan Perodua, juga tidak mempunyai varian diesel untuk barisan kereta mereka.

1 ulasan:

  1. Bro...antara diesel ngan petrol,mane lagi murah?

    BalasPadam