Jumaat, 9 Julai 2010

Proses keluarkan akaun 2 KWSP untuk bayar pinjaman rumah

Anda mempunyai caruman KWSP akaun 2 ? Kebiasaannya, Akaun 2 digunakan untuk membuat downpayment rumah dan jugak untuk meringankan bayaran bulanan rumah anda.

Untuk membuat pengeluaran bayaran meringankan bayaran bulanan anda, ikuti langkah berikut :

1. Pastikan jumlah Akaun 2 anda menerusi KWSP

2. Pergi ke bank anda dan mintak mereka sediakan maklumat pengeluaran akaun 2 KWSP. Anda kena bawa dokumen berikut :
S&P Asal
Salinan kad pengenalan
Surat lawyer berkaitan perjanjian rumah

3.Bayaran biasanya RM20-30 untuk pihak bank siapkan dokumen ini dan biasanya mengambil masa selama 2 minggu.

4. Bila surat dari pihak Bank dah siap, biasanya maklumat yang terkandung ialah jumlah pinjaman, no akaun pinjaman, balance pinjaman,

5. Pergi ke mana-mana cawangan KWSP, tapi sebelum itu photostat S&P,Surat Bank, dan Kad Pengenalan. Bila tiba di kaunter anda akan diberikan satu borang berkaitan pengeluaran akaun 2. Minta 2 salinan borang tersebut dan isi.

6 Ambil no giliran dan pihak KWSP akan teliti borang anda

7. Tunggu 1 bulan dan duit akan dikreditkan masuk ke bank loan anda

8. Bergantung kepada jumlah akaun 2 anda, anda boleh kurangkan bayaran bulanan atau terus tak payah bayar pinjaman selama setahun ( bergantung kepada jumlah )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan