Khamis, 8 Julai 2010
Kenangan bersama PMC ( Proton Mania Club )
Masa tengah bujang, aku pilaa join satu kelab yang berpusat di Shah Alam / Wangsa Maju / Bangi / Puchong yang dikenali sebagai Proton Mania Club. Memang penuh dengan fanatik kereta, SAGA VR4, Wira Evo 3, Wira GSR semuanya ada. So PMC dulu-dulu selalu anjurkan perlumbaan halal di litar lumba Batu Tiga. Management diorang pecahkan kategori kepada 3 rasanya, Open, Turbo dan N/A ikut CC. So aku masuklah kategory 1.5/1.3 CCT sebanyak 7 pusingan di BTSC.
So kereta yang aku guna, Wira 1.3 GLI. Modifikasi cuma rim 15 inci bukak 8, dan spring sukan jenis Jamex ( cikai punya brand ). Sempat paractise bawak tunang aku time tuh ( skrg dah jadi isteri )...orang lain dating bawak awek gi tengok wayang ka, aku bawak dia practise layan BTSC.....he heh
So masa masuk kategori CCT nih memang tak terkatalah seronoknya attack corner, sampai kereta jadi gasing pun ada. Dapat laa merasa naik podium berkat jasa JFS 67 nih, habis jahanam tayar Simex layan corner Batu 3. Skrg BTSC dah bertukar jadi perumahan mewah orang-orang kaya Shah Alam, what a disaster to grasssroot community.
Bila umur meningkat, dan dah berkeluarga, aktiviti larut malam dengan PMC pun terpaksa dikurangkan. Kalau tak, asal malam minggu lepak Wangsa Maju tengok orang lumba naik bukit ( dalam Malaysia aja ada drag naik bukit ), merasa jugaklaa naik Satria VR4 ejos keluar tepi ** nama dirahsiakan **
Masuk 2010, dah 10 tahun web Protonmania.com beroperasi ( http://web.archive.org/web/*/http://protonmania.com ). Actually sebelum itu, PMC beroperasi secara sembunyi di forum Bravenet.
Apa pun, selamat maju jaya PMC
http://protonmania.com
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
saya pun join club nie dulu , selalu lepak kat projet shah alam ,
BalasPadamteringat id sagaburuk