Selasa, 20 Julai 2010

Ulasan buku, Travellog Iran dari Dina Sulaiman


Bosan betul menunggu Air Asia di hangar menunggu Kota Bharu. Janji flight berlepas pukul 9.55pm, tapi tertangguh sampai 11pm. Bosan, jadi saya pun berjalan-jalan ke stall buku untuk mencari sesuatu untuk di baca. Jadi buku bertajuk Travelog Iran :: Menyingkap Misteri Bumi Ahmadinejad.

Gaya bahasa cukup mudah, font pun ok, cuma tiada gambar-gambar berwarna. Harga dalam RM25/= ( lepas tawar menawar ). Buku ini membawa anda melancong ke bumi iran dari pandangan seorang student wanita yang belajar di sana. Saya belum habis baca lagi, masa kapal terbang bergegar merempuh awan pun saya tak sedar sebab asyik membaca kisahnya.

Setakat ini, penulis mengisahkan pengembaraan beliau ke peradaban yang berusia 5000 tahun, kisah mengenai air ros yang digunakan untuk cuci kain Kaabah.

Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan