Memaparkan catatan dengan label memang rare. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label memang rare. Papar semua catatan

Jumaat, 23 Julai 2010

Memang rare ! BMW E36 M3 Widebody dari Muar

Kalau sesiapa yang selalu cari spare parts di Jalan Sakeh, Muar, sudah tentu kenal dengan owner half cut yang simpan M3 dalam rumah. Dalam Malaysia, nak jumpa E36 dengan gearbox manual pun susah, inikan pula jumpa model M3 first model ( 3000cc ). Model di atas adalah dari versi M3 dan telah diubahsuai dengan menggunakan suspensi dari Tein dan wide bodykit. Jika anda tidak pernah mendengar M3 menjerit, cuba search Youtube. Model E36 M3 adalah yang paling populah di serata dunia disebabkan kos yang tidak terlalu tinggi untuk memiliki kereta prestasi tinggi.

p/s : Sekarang ini banyak betul E36 jadian bertopengkan jentera jepun ( RB,1JZ ). Jadilah purist BMW, jika anda pakai 316i , anda lagi mulia dari E36 jadian yang sumbat JAP engine masuk dalam chassis.

Wikipedia M3 : http://en.wikipedia.org/wiki/BMW_M3
Link Mudah : http://www.mudah.my/Bmw+e36+M3+coupe-6105247.htm

Memang rare ! Proton Satria GTi R3 Limited Edition #56


Siapa tak kenal Satria GTi R3. Hanya 150 unit sahaja dikeluarkan oleh divisyen sukan lumpa Proton, R3. R3 bermaksud Race Rally Research dan mereka bertangungjawab mengeluarkan edisi amat terhad Proton Waja R3, Satria NEO R3, Neo Club Sport R3 dan Neo Lotus Racing R3.

Jadi, apa yang rarenya model di atas ? Pertama, hanya 150 unit sahaja dari berpuluh ribu Satria di atas jalan raya. Model ini dah stop production, makin bertambah lagi nilai dia. Kuasa kuda 140hp, dan enjin 1.8 4G93 yang gembira untuk ditekan pada tahap maksima.

Chassis kereta ini juga telah ditingkat taraf oleh R3 untuk tujuan perlumbaan.

Link mudah : http://www.mudah.my/Proton+Satria+R3+LEV0056-6414478.htm

Memang rare ! BMW E39 530i M Sport


Mengapa model ini boleh dikatakan rare ? Sebabnya, model 530i memang sedikit berada di atas jalan raya dan versi di atas adalah M Sport. Jadi tidak hairanlah model ini dijual pada harga RM125k ( 110k lagi logik ). Model ini berkuasa 3000cc dengan enjin 6 silinder sebaris Double Vanos. Anytime aja boleh upgrade jadi 3.2 menggunakan kit stroker dari Hiop atau masuk Super Charger. Pemanduan agak keras disebabkan suspensi M Sport dan seat dan confirmed bucket.

Tips untuk mengesan M Sport ori atau fake

- M Sport menggunakan steering 3 spoke
- Door lining warna hitam flat dan ada jalur krom sedikir
- suspension keras dan berbeza dari model E39 yang lain
- dapat bumper macam M5 depan dan belakang
- seat depan kedua-duanya bucket

Link Mudah : http://www.mudah.my/BMW+530i+E39+M+Sports+LIMITED+EDITION+08-6137748.htm?last=1

Rabu, 21 Julai 2010

Memang rare ! Mercedes 190E Cosworth Edition


Nak tau kenapa model ini rare ? Sebabnya, ditune oleh Cosworth untuk membolehkan kereta ini bertanding masuk sukan lumba DTM. Seingat saya, sebanyak 5000 kereta jalanan yang sama spec perlu dibuat oleh pihak pengilang sebelum boleh masuk bertanding dalam DTM. Nak tahu sejarah lanjut kereta ini, sila baca http://en.wikipedia.org/wiki/Mercedes-Benz_W201. Model yang dalam Mudah.my adalah dari 2.316V. Kepada silinder kereta ini dari versi perlumbaan oleh Cosworth.

Link : http://www.mudah.my/MERCEDES+BENZ+190E+2+5Mt+16V+COSWORTH+edition-5625470.htm

Memang rare ! Alfa Romeo 156 TS 2.0 WTCC Widebody

Terjumpa iklan Alfa Romeo 2.0 TS WTCC . Owner asal import terus kereta ini dari Italy. Wide bodykit tuh memang original edisi WTCC. Memang rare !

Link asal :  http://www.mudah.my/Alfa+Romeo+156+TS+Widebody+WTCC-6443503.htm