Ahad, 25 Julai 2010
Kedai Kipas Murah KDK 5 blade Puchong
Rumah memerlukan kira-kira sebanyak 7 buah kipas, tapi saya belilah 2 unit dulu. Selepas baca-baca di internet tentang review kipas, saya hanya memilih kipas 5 bilah beserta alat kawaslan jauh dari jenis Panasonic dan KDK sahaja.
Saya pergi ke kedai lampu terkenal Top Ten Puchong, di sebelah Tesco Puchong. Kesemua kipas yang terletak atas lantai dah kena jual, cukup laku. Kemudian saya pergi ke kedai elektrik sebenahnya, pu jenis KDK dan Panasonic dah habis kena jual.
Saya tidak putus asa lagi, pergi ke kedai lampu yang bersebelahan pula dengan kedai aircond, ada pulak stok.
Kipas 5 bilah KDK dijual pada harga RM290 wara krom/kelabu metalik. Apa lagi, terus borong.
Dah masuk kedai lampu, hati pun tergoda, so saya sambar 4 unit lampu petak yang kesemuanya menggunakan mentol save tenaga dari jenis Hitachi ultra bright. Tapi blog ini nak bercerita pasal kipas. Jadi saya pun assemble kipas tersebut dari kotaknya.
Dah siap pasang skru, tak susah sangat, cuma jangan hilang pulak skru tersebut, sebab tiada spare.
Nak naikkan kipas nih memerlukan 2 tangga dan 2 manpower, nasib baik tak berat sangat macam kipas Alpha. Dan sangkut, test dulu. Kemudian baru pasang penutup dia.
Wara pun sama dengan lampu, kelabu. Maybe nak cat siling tu warna kelabu kilat dan padankan dengan lining kelabu gelap.
Harga 1 unit : RM290/=
Lokasi : http://wikimapia.org/14122362/Top-Ten-Lighting
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Kenapa memilih kipas 5 bilah?
BalasPadam4 bilah KDK lg balance n kuasa angin nye pun memadai 1 hall.
BalasPadam