Ahad, 18 Julai 2010

Perodua Viva Elite Top Speed + Ultra Racing

Model ini dimiliki oleh adik ipar saya. Sewaktu dia ke Cambodia, saya menggunakan kereta ini sebagai kereta harian untuk ke tempat kerja dari Putrajaya ke Taman Teknologi Malaysia. Jarak 1 perjalanan dalam 23km.



Model di atas adalah dari versi Elite dengan 3 kelajuan automatik.Untuk spefikasi penuh, anda boleh baca di blog Paul Tan, http://paultan.org/2009/07/23/perodua-viva-elite/

Jadi, saya mengambil kesempatan untuk menguji kebolehan kereta kecil ini untuk mengambil selekoh. Kalau dalam versi standard, bahagian belakang agak membuai. Justeru itu, tuan punya kereta ini memasang anti roll bar di bahagian belakang dari jenama Ultra Racing. Jadi saya menguji lagi, dan hasilnya sudah tiada masalah kereta berbuai.
 

Kereta ini sesuai ke untuk orang berbadan tinggi ?
Saya berketinggian 180cm, kalau naik Satria NEO dah cecah bumbung. Naik Viva, tiada masalah dengan kepala dan bumbung, cuma keuri agak kecil. Kalau buat rally dari KL ke Kelantan, esoknya mungkin badan saya akan berubah mengikut bentuk kerusi.  Dari gambar di atas, bahu saya telah mencecah tahap maksima support kerusi standard

vs E46 M3 3200cc
Saya agak kecewa dengan kuasa tork kereta ini, tapi memandangkan saya yang beratnya 85kg, dan kereta ini 1000cc, sudah tentulah ia tidak setanding dengan BMW E46 M3, saya terilap banding rupanya. Jadi, untuk pemanduan dalam bandar, kereta ini dengan mudah mencapai angka 30mpg, sudah tentu mengalahkan pengunaan minyak BMW E46 M3 3200cc pada kadar 15mpg ( 2 kali ganda )


Top Speed ?
Saya menggunakan highway lurus MEX menghala ke Putrajaya di petang hari di mana tiada kenderaan menggunakannya. Saya dapat mencapai 160km/h, itupun setelah menunggu selama 5 minit dengar menekan habis pendikit minyak. Keadaan kereta pada kelajuan maksima ini agak stabil disebabkan menggunakan sport rim 14" dan dibantu dengan anto roll dari Ultra Racing.



NVH ?
NVH agak mengecewakan, seumpama saya bawa kereta tanpa chassis, kalau saya berada disebelah kereta Mustang 5000cc tanpa muffler, sudah lama saya kehilangan daya pendengaran.



Akhir kata, kereta ini memang sangat sesuai untuk twon driving dan untuk memaksimakan nilai RM20 petrol kepada berhari hari lamanya ( dengan syarat RPM bawah 3000rpm untuk setiap gear change )
Dengan bayaran tanpa muka ( tiada downpaymewnt ), RM460 sebulan selama 9 tahun, kereta ini adalah sesuatu yang berbaloi.

Mungkin di masa hadapan anda ingin upgrade kuasa, YRV 1.3 Turbo + Paddle Shift Gear menjadi pilihan anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan