Ada bermacam cara untuk membuat website tracking. Anda sudah tentu ingin mengetahui data- data seperti :
- siapakah yang datang blog anda
- pukul berapa blog anda dilawati
- pengunjung dari negara mana yang datang
- jumlah hit yang digenerate oleh blog anda
Jadi, untuk itu, Google Analytics adalah pilihan terbaik untuk saya buat masa ini. Cara-cara untuk menggunakannya :
Step 1 : Daftar di http://www.google.com/analytics
Proses pendaftaran mudah sahaja, anda perlu mempunyai akaun Gmail/Google.
Step 2 : Masuk ke Panel Kawalan
Di menu belah kanan, pilih " Create New Account ". Seterusnya anda akan di bawa ke menu seterusnya.
Seterusnya, masukkan maklumat blog anda ( contoh seperti di atas ).
Anda akan dipaparkan Terms Of Service, klik checkbox, dan klik Create New Account
Di paparan seterusnya, anda akan diberikan satu kod untuk di copy dan di paste ke dalam HTML template blog anda. Kod ini berfungsi untuk merekodkan data ke dalam database Google Analytics.
Step 3 : Masukkan kod Google Analytic ke dalam Blogger Template
Sekarang, anda copy dahulu kod tersebut, kemudian masuk ke dalam menu Blogger anda, dan pilih menu utama ' Design'. Kemudian pilih ' Edit HTML' . Anda akan dipaparkan dengan kod HTML di dalam textbox,skroll sehingga akhir kemudian paste kod Google Analytics tersebut di akhir kod HTML tersebut. Save fail template Blogger tersebut.
Step 4 : Test samaada Google Analytics boleh buat tracking
Login ke dalam control panel Google Analytics dan klik menu Edit di sebelah kanan.
Klik menu status di sebelah kanan
Status menunjukkan kod berjaya diinstall dengan jayanya, dan hanya menunggu data.
Anda hanya perlu tunggu sahaja, mungkin dalam beberapa jam sebelum data dapat dipaparkan.
Setelah sejam, saya melawat balik Google Analytics, dan data seperti di atas kini sudah boleh membantu saya. Contohnya, blog yang mana mempunyai banyak pengunjung.
Bacaan seterusnya : Memahami Statistik Google Analytics
Tiada ulasan:
Catat Ulasan