Ahad, 25 Julai 2010

Memahami statistik Google Analytics

Jika anda membaca blog ini, pastikan ada telah membaca posting saya sebelum ini berkaitan pemasangan sistem statistik Google Analytics

Apa pentingnya statistik kepada blog ? Anda pernah terfikir berapa jumlah pelawat ? Dari mana pelawat datang ? Website mana bagi backlink ? Link mana paling popular ?



Jadi tujuan saya menulis posting ini ialah untuk mengajar anda menjadi ahli forensik. Hidup mesti ada statistik, jikalau tidak anda membuat kerja sia-sia

Bila kita login ke dashboard Google Analytics, cuba baca bahagian Content Overview. Dalam contoh di atas, posting Pasang CCTV Cara Mudah dengan Zone Minder menduduki carta teratas dengan 231 hits yang meliputi dekat 21.4% dari jumlah pengunjung yang datang. Jadi klik klink tersebut dan siasat mengapa posting ini cukup popular.

Posting  Pasang CCTV Cara Mudah dengan Zone Minder mencatat 160 hits dan 124 Unique Views ( bermaksud 124 individu berbeza membaca posting ini ). Masa yang dihabiskan oleh setiap individu ialah 3 minit 11 saat.

Nilai Bounce Rate yang tinggi sebenarnya tidak bagus, sebabnya pengunjung datang dan klik link lain, maksudnya mereka tak baca sangat. Nak rendahkan Bounce Rate, kenalah tulis postign yang berkualiti dan original ( bukan Copy & Paste artikel lain ).

Nilai tinggi untuk Exit pula,menunjukkan pengunjung tidak berminat untuk klik link lain. Selepas baca Pasang CCTV Cara Mudah dengan Zone Minder mereka terus pergi ke webite lain.

Jadi jika posting anda dapat Bounce Rate = Rendah dan Exit = Rendah, bermaknya, posting itu bagus isinya. Kekalkan next posting berkaitan topik yang sama.



Seterusnya, kina kena tau dari makan pengunjung datang. Dari mana mereka dapat tau link Pasang CCTV Cara Mudah dengan Zone Minder ? Dari data di atas, backlink dari Carigold.com menduduki carta tertinggi kemudian di iikuti pula oleh Facebook dan Php.net.my. Tetapi bounce rate agak tinggi, munkin tdak relevan dengan mereka. Cuma klik nak ambil tahu sahaja. Tetapi cuba kihat Bounce Rate backlink dari Google.com, 50% nilainya. Ini bermaksud, pengunjung memang berminat nak tau pasang CCTV Cara Mudah. Ini di namakan Organik Link, sangat penting dalam mnentukan blog anda ini relevan dengan Keyword atau tidak.



Saya sudah menerangkan, link dari Google amat penting sebabnya, ianya berdasarkan keyword yang ditulis oleh pengunjung. Jadi mari kita memahami keyword - keywaord yang digunakan pengunjung untuk datang ke website kita. Blog saya mendapat Organik Link berdasarkan keyword dia atas, seperti "mee rebus tulang merah"



Melihat data di atas, ada pernyataan Google Send 44 Non Paid visits via 32 keywords. Saya tidak menggunakan servis iklan berbayar Google Adwords, dan berjaya mendapatkan 32 backlink menggukan teknik SEO yang biasa sahaja.

Kesimpulannya, kita dapat merancang startegi pemasaran blog dengan mengetahui Analytics Statistic yang diberikan oleh Google secara percuma.

Azril Nazli Alias
Kota Warisan
Sepang F1

2 ulasan:

  1. ooo macam tu yer. dah tengok tapi tak pandai nak buat analisis

    BalasPadam
  2. Perkongsian berguna utuk semua blogger di alam maya. Thx :)

    BalasPadam