Ahad, 11 Julai 2010

Cuci Tangga, Tanam Rumput Carpet beli Lampu



Semangat nak duduk rumah baru semakin meluap-luap. Jadi hari ini aku buat 3 agenda

1. Tanam Rumput Carpet
Kuarters yang aku duduk sekarang memang dah tanam rumput carpet lagi sejak 2003, so aku pun mencangkul nak tanam rumah belah sana pulak. Ingat tak penat nak cangkul, mencurah curah peluh. Yerlaa dah berkurun tak berkebun.

2. Tangga
Semalam masa basuh rumah, tangga rumah penuh dengan tompokan simen. Aku beli satu cecair penanggal kotoran/simen dan gosok, simen tanggal dengan senangnya, yang tak bestnya cecair nih asid pekat, kena tangan cukup bisa

3. Lampu
Jalan-jalan kat Puchong nak pergi House Of Lights, masuk Tesco jumpa pulak kedai lampu yang penuh dengan orang. Kedai nih menghadap jalan dan sebelah kedai lampu terkenal, Top Ten. Setelah browsing selama 30 min, sambar 2 set lampu untuk ruang tamu utama dan 2 set lagi untuk dining, siap dengan mentol save energy.

4. Langsir
Ingat nak singgah Macy tengok design langsir, tengok jam dah nak Maghrib. Maybe next week.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan