Jumaat, 9 Julai 2010

Mencari niche diri anda


Tau apa maksud Niche ?
  • Petronas niche dia Stesen Minyak  warna hijau
  • Streamyx niche dia jual Broadband
  • Flowers.com.my niche dia jual bunga online
  • AlienWare niche dia high end gaming laptop
  • Macy niche dia jual langsir
So dalam business, anda perlu tahu niche business anda. Dahulu saya belasah semua peluang business
  1. Cybercafe Setup
  2. Security auditing kat server
  3. Buat portal pakai php/mysql
  4. Training Linux/Programming




Lama-kelamaan, saya mula memilih menjadi Trainer Web Development menggunakan CakePHP sebagai niche business saya. Di samping menjadi trainer, saya juga membangunkan aplikasi seperti

Sistem SMS menggunakan CakePHP
Sistem pengesanan GPS menggunakan CakePHP
Sistem pengurusan Wifi menggunakan CakePHP
Sistem reporting graf berdasarkan log menggunakan CakePHP

Pendek kata, apa yang saya buat, CakePHP adalah niche perniagaan saya. Dan untuk tidak meletakkan sumber pendapatan dalam satu bakul, saya juga mula mengkhususkan skillset untuk Rapid Application Development menggunakan

- Jquery
- Sencha / HTML5
- Ruby / Ruby On Rails

Impian saya, membuka pusat latihan ICT prestasi tinggi yang mengkhusus ke Web Based Application Development dan yang paling penting, semua student saya akan ditanam dengan skill suka mencipta sesuatu yang baru untuk menghasilkan pekerja yang berinovasi tinggi selaras dengan kehendak negara untuk menjana rakyat yang mempunyai skillsets yang tinggi, dan paling penting, amalkan sikap suka menulis blog teknikal untuk rujukan ramai orang. Sejak dari tahun 1990an, saya memang suka mendokumenkan sesuatu research secara online dan blog saya yang paling popular ialah MamakSpot dan CakeSMS. Kebanyakkan tutorial saya digunakan oleh student universiti untuk tujuan Projek Tahun Akhir mereka.

Jadi untuk menuju ke arah itu, apa yang saya lakukan ialah, mula memberanikan diri untuk menjadi Trainer ICT dahulu di jabatan kerajaan dan swasta. Alhamdulillah setelah hampir 2 tahun menjalankan perniagaan berasaskan training, saya dah mula nampak jalan-jalan yang perlu saya pilih.

Perjalanan masih jauh, dengan skill teknikal sahaja tidak mencukupi untuk mengharungi dunia bisnes yang penuh pancaroba. Jadi buat masa ini saya menyertai satu syarikat ISP terkemuka Malaysia untuk menimba ilmu business & product management. Ternyata tugas ini amat mencabar. Saya lagi rela membuat 1000 line code dari menyiapkan 10 pages Business Plan. Tetapi, itulah namanya cabaran.

Jadi, kita kembali ke topik asal kita, Niche atau pengkhususan. Bagaimana anda ingin marketkan diri anda ?

Ada satu pepatah lama yang ingin saya kongsikan

Jack Of All Trades, Master of None

Marilah meneroka diri anda dan cari niche anda sendiri.

Azril Nazli Alias
CakePHP Trainer & Innovator
019 371 8462
azril.nazli@gmail.com

1 ulasan: