Jumaat, 30 Julai 2010

Helang Lebuh Raya Evo 10 terbabas


Dapat dari blog member yang dia pun dapat dari blog orang lain . Nampaknya teknologi 4WD tak dapat mengelakkan kereta RM300,000 ini dari terbabas sewaktu hujan.

Sup Fulamak Sungai Besi

Gerai tepi jalan


Sup Paru & Daging + Bihun

Minat makan sup dari seberang ? Sup Fulamak memang favorite saya kalau musim  hujan. Makan pula cecah sambal kicap dan jeruk lada memang membuka selera.

Menu : Sup Ayam,Daging,Paru, Campur
Lokasi : Pekan Sungai Besi
Harga : RM5-6

CakePHP : Menggunakan Shell dan Folder Utility

Bayangkan anda perlu memproses log fail dari Apache Access Log dan System Admin telah membuat rotation. Setiap log file mempunyai beratus ribu row, dan ada mempunyai beratus-ratus file yang perlu diproses .....

Setup Cake CLI dalam Windows
===================================================
1. Copy fail APP/cake/console/cake.bat ke dalam c:\WINDOWS\cake.bat
c:\windows\cake.bat ( pastikan setting anda betul )

/usr/bin/cake di dalam Linux CentOS


Memperkenalkan CakePHP Shell CLI dan Folder Utility
===================================================
 Untuk mengikuti tutorial ini, pastikan anda boleh melaksanakan arahan cake bake.

1. Cipta fail APP/vendors/shell/proses_data.php
class ProsesDataShell extends Shell {

  function main() {
    $this->out('Hello World!');
  } 
}
?>

2. Mari kita cuba run fail tersebut di dalam APP. Laksanakan arahan berikut
cake proses_data

Hasilnya :



Paparan Hello World berjaya dikeluarkan menggunakan arahan $this->out('Hello World');. Di dalam fail proses_data.php, Convention yang perlu diikuti ialah, nama Class mesti dalam berbentuk camelCase. Contohnya :
1. class ProsesData extends Shell
2. class UserManagement extends Shell
3. class FetchFile extends Shell

Nama fail mesti mengikut format variable kepada nama Class, contohnya
1. proses_data.php
2. user_management.php
3. fetch_file.php

Dan fail-fail ini mesti disimpan di dalam folder APP/vendors/shell/*

Method main() di dalam file tersebut akan dijalankan secvara automatik.


Cipta Sistem Dialog
==========================================
class ProsesDataShell extends Shell {

  function main() {

    $this->out('Hello World!');

    $this->hr();

    $path = null;
    while (!is_dir($path)) {
      $path = $this->;in('Directory :');
      if (!is_dir($path)){
       $this->out('Invalid directory!');
      }else{
       $this->out('Valid directory!');
      }
    }
  }
} 
?> 

Save fail proses_data.php dan run kembali. Hasilnya, anda akan dapat dialog samaada Valid directory atau Invalid Directory.

$this->hr() akan paparkan line seperator
$this->in() akan menerima input dari user



Memperkenalkan Folder Utility
Seterusnya, saya ingin listkan semua fail dalam direktori yang dinyatakan. Jadi saya perlu import utility class bernama Folder
class ProsesDataShell extends Shell {

  function main() {

    $this->out('Hello World!');

    $this->hr();

    $path = null;
    while (!is_dir($path)) {
      $path = $this->in('Directory :');
      if (!is_dir($path)){
       $this->out('Invalid directory!');
      } else {
       $this->out('Valid directory!');

       # senaraikan fail dalam direktori
        uses('Folder');
        $folder =& new Folder();
        # read directory
        $folder = new Folder($path);
        $files = $folder->read();
        foreach($files as $f){
                foreach($f as $k => $v ){
                        # only show we_access
                        $this->out($v);
                }
        }
      }
    }
  }
}
?>

Save fail di atas, dan cuba run.

Sekian setakqat ini tutorial menggunakan CakePHP Shell dan Folder

10 sebab mengapa pilih CakePHP ?


Saya mempunyai pengalaman membuat web development sejak 1997 lagi dan telah mula menggunakan PHP semenjak itu.

Saat pertama dapat membuat connection PHP ke PostgreSQL di dalam box Linux Redhat sudah cukup membuat saya terpegun. Tidaklah susah seperti coding dalam PERL.

Ok, kemudian saya menggunakan PHP dan sungguh seronok, banyak juga projek web application dapat disiapkan dengan cepat dan mudah.Tetapi bila penggunaan library 3rd party bertambah, jadi macam rojak pulak code dalam sistem.

Sebelum mengenali CakePHP, saya menggunakan Symfony Framework . Memang canggih, ada Command Line Interface, tetapi pada saya terlalu bloated untuk get simple things done. Tetapi untuk aplikasi level enterprise, saya cukup galakkan guna Symfony.

Kemudian saya berubah ke CakePHP. Menggunakan konsep baru yang dinamakan MVC , sama seperti Symfony. Konsep MVC dalam CakePHP sungguh mudah hendak difahami.

Setelah menggunakan CakePHP, saya cuba pula Ruby On Rails. Dekat RM1k juga habis duit beli buku untuk RoR.

Setelah puas bermain-main dengan ketiga-tiga framework tersebut, saya memilih CakePHP. Mengapa ?

1. Convention Over Configuration
Saya suka prinsip yang digunakan oleh CakePHP. Katakan nak buat Authhentication dalam sistem, apa yang perlu saya buat ialah table bernama users dan mempunyai column id,username,password sahaja. Secara automatik CakePHP akan menggunakan table tersebut untuk tujuan Auth.

2. Object Relational Model
Jika membuat SQL statements, Oracle,PGsql dan MySQL mempunyai sintaks yang berbeza. Contohnya SQL untuk membuat Pagination.  Konsep ORM yang digunakan oleh CakePHP diilhamkan oleh Ruby On Rails. Contohnya kod

# senaraikan semua user yang berasal dari Johor
$users = $this->User->findAllByState('johor');

# dapatkan nilai user yg menggunakan id -3
$user = $this->User->findById(3);

3. Model View Controller
Pada mulanya nak memahamkan konsep ini agak sukar. Kenapalah nak asingkan sampai jadi 3 fail. Tapi kini saya cukup suka menggunakan MVC.

Bayangkan anda mempunyai model bernama User. Setiap model mewakili 1 table dalam database, dan anda juga memelukan data dari table user yang tersimpan dalam Ldap, saya akan namakan sebagai user UserLdap. Jadi di sini sumber data saya tidak terhad dari databaseMySQL, malahan boleh berupa sumber data dari Ldap,Csv dan sebagainya.

Controller pula fungsinya menerima input dari pengguna menggunakan http GET atau POST dan akan memanggil data dari Model.

Data yang telah siap acuannya, akan dihantar pula ke View. Kita mungkin memerlukan berbagai jenis View seperti Html, Javascript, Xml malahan Mobile web. Jadi data yang sama boleh dipersembahkan kepada berbagai format. Mudah kan ?


4. Utility Helpers
Helpers di dalam CakePHP cukup memudahkan saya membuat kerja. Contohnya, saya nak convert string berbentuk training_cake_php_malaysia kepada bentuk yang mudah di baca, saya hanya perlu menggunakan class Utility bernama Inflector, contohnya $str = Inflector::humanize( 'cake_php_malaysia' ); hasilnya akan menjadi Cake Php Malaysia . 

5. Core Helpers
Core Helpers seperti Form,Sessions,Javascript,Html cukup membantu saya untuk memastikan kod-kod yang ditulis dalam bentuk yang senang hendak diuruskan. Contohnya helper Html untuk menjana link dan mengeluarkan gambar. Contoh

echo $html->link('Index' , '/posts/index'); akan menghasilkan link berbentuk Link

Menggunakan helper Html membuatkan saya tidak perlu berfikir mengenai konfigurasi kod jika server dipindahkan ke Path URL yang lain. Contohnya jika sebelum ini path untuk gambar terletak di /img/gambar.jpg dan di server baru terletak di /assets/img/gambar.jpg, jika menggunakan kod Html yang biasa saya perlu mengubah kod satu-persatu. Dengan Helper Html, tidak perlu lagi.

Paling banyak membantu saya, sudah tentu Form Helpers. Jika anda membaca blog saya mengenai Contoh CakePHP Form , anda seudah tentu faham apa yang saya maksudkan.

6. Database Schema
Skema database ini diperkenalkan kepada saya sewaktu menggunakan Symfony, kemudiannya Ruby On Rails dan akhirnya di dalam CakePHP. Walaupun tidak selengkap Sf dan RoR, skema database generation dalam CakePHP sudah cukup membantu saya untuk maintain sistem dengan mudah.

Skema database script dalam CakePHP membolehkan saya create,update,delete skema database tanpa perlu menggunakan phpMyAdmin. Cukup sekadar melaksanakan arahan dari ms dos. Malah skema yang sama boleh digunakan ke atas MySQL,PostgreSQL, MS Access dan Oracle.

7. Command Line Interface
CakePHP didatangkan dengan skrip CLI yang dinamakan Bake. Saya boleh automate nak buat Project,Model ,Controller,Skema dan View menggunakan skrip ini. Contohnya saya perlu run batch job untuk proses data penduduk dari fail-fail CSV ke dalam table MySQL, dan fail ini memerlukan 1 jam untuk diproses. Menggunakan Bake Shell, saya dapat melakukan task tersebut dengan cepat, dan boleh dijalankan menggunakan Bash Linux atau Ms Dos

8.  Large User Base
CakePHP mempunyai developer yang banyak di serata dunia dan sudah tentu tidak menjadi masalah untuk mencari jalan penyelesaian. Malah di Malaysia, penerimaan CakePHP sudah banyak, terutamanya di sektor-sektor kerajaan. Training-training yang saya kendalikan sebelum ini, kebanyakknya berkisar mengenai menggunakan CakePHP sebagai asas framework programming untuk developer mereka di dalam jabatan kerajaan.

9. Scaffolding
Scaffolding dalam CakePHP cukup membantu saya dalam design database. Hanya menggunakan hasMany,hasOne,hasManyAndBelongsTo dan belongsTo,saya boleh mereka database sistem dengan mudah dan boleh diusi keberkesanannya sebelum proceed ke full development mode. Dengan Scaffolding, saya boleh tunjukkan dengan client, design kasar sistem sebelum mereka setuju dengan design tersebut.


10. Model Relations
Impak yang paling besar kepada saya mengapa menggunakan CakePHP ialah, mudahnya membuat Table Join. Contohnya User mempunyai banyak Images, so relation yang saya perlu buat ialah, User hasMany Image, dan data milik User dan array Image dapat digunakan dengan sekali Query sahaja.

BMW E39 M Sport Wannabe

2003 CKD E39  520iSE Full Spec Double Vanos

Ingatkan dapat fully M-Sport 520iSE , tapi cukuplaa yg nih. Selepas 4 bulan ownerships, so far kereta nih very excellent. Even pakai rim 16" dengan suspension ori pun dah lebih dari cukup. Punyalah lama kumpul duit nak pakai benda nih, memang kena bisnes baru boleh keluar sebiji.



1990 E34 520i M20B20

So, saya memang plan nak pakai sampai cash E39 nih, dulu hajat yang sama bila pakai E34 :)

Planning lepas nih
1. Full service, wear and tear parts
2. Suspension & absorbers
3. 18" M Sports Sport Rims

Keep her healthy and gorgeous at all time.

Rabu, 28 Julai 2010

Mana gambar proton waja impian leaked ?



Pukul 3 petang semasa mengajar programming di Prime Minister Office, Putrajaya, tiba - tiba dapat call urgent dari encik X ( pembekal gambar ), mintak tolong aku buang gambar sebab dapat arahan dari pihak atasan, dan juga kena buat semua reference di forum ?

Oklah aku, katam kesian pulak dia kena pressure sampai macam itu sekali. Ingatkan snap gambar kat public boleh tampal dalam blog.

Minta maaflah dari kami yer :D


Azril Nazli Alias
Putrajaya

Selasa, 27 Julai 2010

Newcomer in family, Suzuki Swift Sports

JGC 67 dan besar dah, dari kancil jadi Suzuki. Kereta adik perempuan saya

CakePHP Search Filtering


Tadi masa training @ PMO, saya membuat contoh Search Engine menggunakan model Post dan Category.


Schema Post
---------------------------------
id |title |created | modified

Schema Post
---------------------------------
id | category_id | title | contents | created | modified

Relations
----------------------------------
Post belongsTo Category
Category hasMany Post

Strategi untuk Search
----------------------------------
1. User boleh search by keyword tanpa pilih Category. Akan return semua data
2. User boleh search by keyword tapi terhad kepada Category tertentu
3. Guna wildcard  OR dan AND serentak. AND digunakan jika nilai $category_id dikesan
4. Pagination digunakan hasil carian dan bawa keyword menggunakan URL

 Screen Shots
----------------------------------
User boleh search by Category atau All data tanpa isi Query. Data paginated

Training CakePHP @ Prime Minister Office Putrajaya


Dapat panggilan khas dari PMO, mereka nak saya buat training Advanced PHP menggunakan framework CakePHP 1.3. Training dibuat di ofis mereka. Nasib baik dekat dengan rumah saya di Presint 11. Student dalam 10 orang dan rata-rata mempunyai asas PHP walaupun kebanyakkanya tidak mempunyai asas OOP.

Jadi saya terpaksa tune cara pengajaran dan gunakan material pembelajaran versi mudah.

Isnin, 26 Julai 2010

Menggunakan Squid dan Dansguardian untuk tapis porno demi keselamatan anak-anak

Ringkasan ini tidak tersedia. Sila klik di sini untuk melihat siaran.

Jabatan Perdana Menteri Malaysia, Putrajaya


Hari ini ada urusan di Jabatan Perdana Menteri. Saya tak pernah sampai bangunan yang paling grand dalam Malaysia ini. Yerlah pejabat Perdana Menteri kita.

So dengan senang hatinya, keluar dari Presint 11 ( sebab saya tinggal sana ) dan terus masuk ikut laluan khas perdana menteri. Terus kena tahan polis khas dan explain yang saya salah guna jalan, kena tawaf dulu bulatan gergasi presint 1 dan cari susur masuk Pejabat Perdana Menteri.

Rupanya jalanya sama macam nak pergi masjid Putrajaya dekat tasik tu. Bila dah sampai terus ke parking pelawat. 1 jam 50sen rate parking :D..Bayar RM1 pastu park sampai petang. Asal ada resit kata orang kat situ.

Jadi destinasi utama saya ialah Aras 2 Bilik Latihan Komputer SMPKE. So masa nak masuk, seperti biasa kena bagi IC, tapi yang membezakan pejabat ini dengan pejabat kerajaan yang lain, ada sistem x ray untuk scan barang dalam beg. Dan kalau bunyi beep masa melalui sistem x ray tubuh manusia, polis akan check.

Checkpoint pertama kena bagi IC dan dapatkan kad pelawat, kad ini kad pintar, untuk digunakan buka pintu dalam JPM. Ok bila dah lepas checkpoint pertama, berjalanlah ke lobi utama. Dalam 50 meter juga perjalanan menggunakan  laluan kecil. Rasa macam sesat pun ada sebab jalan sorang-sorang.

Seterusnya jumpa pintu besar, mengikut papan arah saya pun membuka pintu tersebut, hall yang sungguh besar dan indah menanti saya. Macam masuk dewan besar White Castle dalam cerita Lords Of The Ring 3. Memang terpegunlah dengan hiasan dalaman. So saya berjalan lagi ( macam mengembara pun ya  juga ), dan jumpa checkpoint 2. Kena tulis nama dan IC. Memang banyak polis dalam bangunan ini. Kemudian naik tingkat 1, dan akhirnya sampai ke destinasi.

Saya mengambil masa dekat 15 minit jalan kali dari kereta ke destinasi. Inilah kali pertama saya berjalan sebegitu jauh. Yang bestnya, air sinki kat sini semuanya heated. Sebab udara di dalam memang dingin.

Secara ringkasnya, saya cukup kagum dengan White House Malaysia ini, cukup bangga !

Ahad, 25 Julai 2010

Memahami statistik Google Analytics

Jika anda membaca blog ini, pastikan ada telah membaca posting saya sebelum ini berkaitan pemasangan sistem statistik Google Analytics

Apa pentingnya statistik kepada blog ? Anda pernah terfikir berapa jumlah pelawat ? Dari mana pelawat datang ? Website mana bagi backlink ? Link mana paling popular ?


DIY Pasang Lampu

Nak cuba DIY lampu ? Saya nak berkongsi cara mengenai bagaimana nak assemble lampu sendiri.

 Pertama keluarkan mentol dan cuba susun dahulu, dahlah banyak lubang. Nampak tak pemegang alumium macam bentuk tanda soal ? Klik ini akan memastikan mentol tidak menyentuk besi pemegang lampu, Cuba test dulu pemegang ini mengikut kedudukan.

Silap drill, lampu terus tak nyala

Tuhlaa lain kali sebelum drill, kesan dulu kedudukan wayar, jangan mau hentam aja. Kan dah kena. Nak dijadikan cerita, selepas selesai pasang lampu dapur, lampu tak bernyala. Nayalah, sure terpotong wayar lampu.

Menyuruh seorang Software Engineer pasang lampu ( Sofian @ Adik Ipar )

Hentam sajalah labu,susah sangat kita pecahkan siling , pastu sambung balik

Kedai Kipas Murah KDK 5 blade Puchong


Rumah memerlukan kira-kira sebanyak 7 buah kipas, tapi saya belilah 2 unit dulu. Selepas baca-baca di internet tentang review kipas, saya hanya memilih kipas 5 bilah beserta alat kawaslan jauh dari jenis Panasonic dan KDK sahaja.

Ayam kedai Mamak Putrajaya P9 ada telur lalat !

Mulai hari ini, aku tobat taknak makan kedai mamak lagi. Sungguh pengotor. Alkisahnya saya dan adik ipar kepenatan pasnag lampu dan kipas di rumah baru area Kota Warisan. On the way balik, kami singgah ke mamak kembar di selera putra Presint 9.

Saya order nasi goreng ayam dan Sofian order nasi lemak ayam. Nak dijadikan cerita dan 50% makanan masuk perut, Sofian tiba tiba terkejut,ada telur lalat dalam ayam !

Kisah masuk rumah


Saya bukannya ada banyak cash sangat, jadi proses masuk rumah nih bergantung kepada kekuatan kewangan, dan tak berapa urgent sangat nak masuk rumah baru.

Kelmarin baru menghabiskan kira-kira RM800 untuk beli lampu. Jadi minggu ini memang plan nak pasang lampu.

Tangga pulak tak menepati spefikasi ketinggian siling, terpaksa pinjam tangga dari saudara Asnor Volvo T5
Haa nasib baik rumah dia dekat, angkut tangga jalan kaki aja.


Drilling Tool, saya dan adik ipar gunakan Black & Decker hammer drill ( RM160 ). Memang senang nak tebuk sebab mempunyai tukul besi terbina dalam. Tapi terlupa pulak nak beli alat pengesan kedudukan wayar. Dah kena beli lagi kat hardware.

Sabtu, 24 Julai 2010

Statistik daftar pemilih dari SPR 2010

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh SPR, nampaknya hanya UMNO sahaja yang gigih buat kerja dalam usaha mendaftar pemilih baru berbanding parti komponen lain. Di pihak PR pula, kesemua parti gigih buat kerja, malah DAP sahaja berjaya mendaftar 55,321 anak muda untuk menjadi pemilih berdaftar.

Jadi di sini menujukkan PR membuat kerja di sebalik tabir, walaupun media utama negara dikawal oleh BN, statistik tetap berpihak kepada PR.

Angka di atas menunjukkan parti mana yang peka dengan golongan muda. Siapa yang berjaya mengurat anak muda,menerangkan kepentingan politik kepada anak muda, kuasa memilih kepada anak muda. Nampaknya PR sangat berjaya dalam hal ini.

Adakah petanda ini menunjukkan sesuatu dala PRU yang seterusnya ? Kita nantikan sahaja.

Jumaat, 23 Julai 2010

Mee Sizzling Giant Kinrara

Adakah mee sizzling serupa macam dalam gambar hiasan ?

Banyak sgt pilihan menu , jadi saya order mee besar campur telur dan ayam masa Black Pepper

Air ribena dan mee sizzling ayam Black Pepper siap dengan jeruk Lada, sungguh pembuka selera

Nak di jadikan cerita, dah lama tak rasa Mee Sizzling Giant Kinrara. Mee sizzling di sini tukang masaknya Melayu, dan stallnya bersih. Kebiasaannya ramai yang beratur nak beli, jadi kalau time lunch, kena datang awal.

Apa specialnya mee sizzling Giant Kinrara berbanding tempat lain ? Ada black pepper, dan ayamnya segar. Kuahnya cukup banyak dan pedas, dan paling penting ada banyak ketul cendawan hitam dalam rencahnya.


View Larger Map

Memang rare ! BMW E36 M3 Widebody dari Muar

Kalau sesiapa yang selalu cari spare parts di Jalan Sakeh, Muar, sudah tentu kenal dengan owner half cut yang simpan M3 dalam rumah. Dalam Malaysia, nak jumpa E36 dengan gearbox manual pun susah, inikan pula jumpa model M3 first model ( 3000cc ). Model di atas adalah dari versi M3 dan telah diubahsuai dengan menggunakan suspensi dari Tein dan wide bodykit. Jika anda tidak pernah mendengar M3 menjerit, cuba search Youtube. Model E36 M3 adalah yang paling populah di serata dunia disebabkan kos yang tidak terlalu tinggi untuk memiliki kereta prestasi tinggi.

p/s : Sekarang ini banyak betul E36 jadian bertopengkan jentera jepun ( RB,1JZ ). Jadilah purist BMW, jika anda pakai 316i , anda lagi mulia dari E36 jadian yang sumbat JAP engine masuk dalam chassis.

Wikipedia M3 : http://en.wikipedia.org/wiki/BMW_M3
Link Mudah : http://www.mudah.my/Bmw+e36+M3+coupe-6105247.htm

Memang rare ! Proton Satria GTi R3 Limited Edition #56


Siapa tak kenal Satria GTi R3. Hanya 150 unit sahaja dikeluarkan oleh divisyen sukan lumpa Proton, R3. R3 bermaksud Race Rally Research dan mereka bertangungjawab mengeluarkan edisi amat terhad Proton Waja R3, Satria NEO R3, Neo Club Sport R3 dan Neo Lotus Racing R3.

Jadi, apa yang rarenya model di atas ? Pertama, hanya 150 unit sahaja dari berpuluh ribu Satria di atas jalan raya. Model ini dah stop production, makin bertambah lagi nilai dia. Kuasa kuda 140hp, dan enjin 1.8 4G93 yang gembira untuk ditekan pada tahap maksima.

Chassis kereta ini juga telah ditingkat taraf oleh R3 untuk tujuan perlumbaan.

Link mudah : http://www.mudah.my/Proton+Satria+R3+LEV0056-6414478.htm

Memang rare ! BMW E39 530i M Sport


Mengapa model ini boleh dikatakan rare ? Sebabnya, model 530i memang sedikit berada di atas jalan raya dan versi di atas adalah M Sport. Jadi tidak hairanlah model ini dijual pada harga RM125k ( 110k lagi logik ). Model ini berkuasa 3000cc dengan enjin 6 silinder sebaris Double Vanos. Anytime aja boleh upgrade jadi 3.2 menggunakan kit stroker dari Hiop atau masuk Super Charger. Pemanduan agak keras disebabkan suspensi M Sport dan seat dan confirmed bucket.

Tips untuk mengesan M Sport ori atau fake

- M Sport menggunakan steering 3 spoke
- Door lining warna hitam flat dan ada jalur krom sedikir
- suspension keras dan berbeza dari model E39 yang lain
- dapat bumper macam M5 depan dan belakang
- seat depan kedua-duanya bucket

Link Mudah : http://www.mudah.my/BMW+530i+E39+M+Sports+LIMITED+EDITION+08-6137748.htm?last=1

Pasang CCTV di rumah cara mudah guna Zone Minder

 Ubuntu Server & Client Lappy


Anda ingin memasang CCTV tetapi ingin kos yang rendah dah murah ? Nak dijadikan cerita, saya tengah menguji sistem CCTV menggunakan perisian open source, ZoneMinder.

Rabu, 21 Julai 2010

Memang rare ! Mercedes 190E Cosworth Edition


Nak tau kenapa model ini rare ? Sebabnya, ditune oleh Cosworth untuk membolehkan kereta ini bertanding masuk sukan lumba DTM. Seingat saya, sebanyak 5000 kereta jalanan yang sama spec perlu dibuat oleh pihak pengilang sebelum boleh masuk bertanding dalam DTM. Nak tahu sejarah lanjut kereta ini, sila baca http://en.wikipedia.org/wiki/Mercedes-Benz_W201. Model yang dalam Mudah.my adalah dari 2.316V. Kepada silinder kereta ini dari versi perlumbaan oleh Cosworth.

Link : http://www.mudah.my/MERCEDES+BENZ+190E+2+5Mt+16V+COSWORTH+edition-5625470.htm

Memang rare ! Alfa Romeo 156 TS 2.0 WTCC Widebody

Terjumpa iklan Alfa Romeo 2.0 TS WTCC . Owner asal import terus kereta ini dari Italy. Wide bodykit tuh memang original edisi WTCC. Memang rare !

Link asal :  http://www.mudah.my/Alfa+Romeo+156+TS+Widebody+WTCC-6443503.htm

Kelebihan kereta berkuasa diesel

Kalau di Eropah, kereta berkuasa diesel amat popular di sana disebabkan jumlah jarak yang boleh dicapai berbanding kereta berkuasa petrol.

 Audi R10 TDi

Jika anda peminat siri kereta lumba Le Mans atau World Touring Car Championship di saluran sukan Astro, kereta lumba berkuasa diesel telah menguasai arena. Audi R10 TDi yang berkuasa diesel sudah banyak memenangi siri perlumbaan Le Mans dan menjasi pasukan yang agak mustahil untuk ditewaskan.

Nasi Lemak Kukus Ayam Berempah Putrajaya

Cadangnya hari ini tak nak makan nasi. Selepas berjaya 2 hari cuma makan mee sahaja, demi nak turunkan berata badan dari 85kg ke 83kg, tapi bila dalam perjalanan balik ke Putrajaya dari Taman Teknologi Malaysia, sudah terbayang dalam kepala otak, bestnya makan nasi lemak kukus ayam berempah Putrajaya.

Jadi gagallah misi saya untuk tidak makan nasi selama seminggu. Saya memandu kereta ke medan selera Presint 9. Nampak dari jauh parking dah penuh, kereta bersusun kiri dan kanan. Mungkin semua orang lapar seperti saya, ditambah pula dengan cuaca dingin sebab hujan.

Nama gerai penjual nasi ini, Nasi Lemak Kukus ( rasanya ). Boleh pilih nak makan nasi ayam atau nasi lemak. Ayam yang terhidang baru sahaja naik dari kuali yang panas, jadi saya order yang ayam peha, mintak sambal lebih dan sekeping telur mata. Harum bau nasi lemak, ditambah pula dengan aroma ayam berempah dan dihidangkan dengan daun pisang, memang pembuka selera.

Harganya dalam RM6.50, tapi berbaloi. Ayamnya segar dan cukup rasa. Smabalnya tak pedas sangat, bolehlah untuk orang yang gagal tahan pedas seperti saya. Minum pula air soya sejuk.

Jadi di mana anda boleh menjamu selera nasi lemak di atas ? Sila ke posting saya sebelum ini, Mee Rebus Sup Tulang Haji Wahid, ianya berada di lokasi yang sama.

Teknik-teknik shooting video dalam kereta


Tidak dinafikan kaki kereta macam saya suka merekodkan aktiviti pemotoran. Ada berbagai teknik shooting video kereta.

Tracking blog anda dengan Google Analytics


Ada bermacam cara untuk membuat website tracking. Anda sudah tentu ingin mengetahui data- data seperti :
  • siapakah yang datang blog anda
  • pukul berapa blog anda dilawati
  • pengunjung dari negara mana yang datang
  • jumlah hit yang digenerate oleh blog anda
Kalau anda melanggan personal web hosting, anda boleh menggunakan statistik yang disediakan oleh AwStats atau Webalizer. Tapi ia tidak memberi apa-apa maklumat mengenai 'Kelakuan Pengunjung' ( User Behaviors ).

Jadi, untuk itu, Google Analytics adalah pilihan terbaik untuk saya buat masa ini. Cara-cara untuk menggunakannya :

Jimat minyak dengan Fuelly.com

Kereta anda tiada on board computer ? Penat nak tracking pengunaan minyak cara lama. Memperkenalkan Fuelly.com, servis percuma untuk tracking pengunaan minyak kereta anda. Mereka juga mempunyai versi Mobile di, http://m.fuelly.com. Jadi anda boleh update data semasa mengisi minyak menggunakan telefon mudah alih yang mempunyai sambungan 3G