Lokasinya terletak di atas RGT Kelana Jaya, ada 2 ruang untuk test irons,wood,hybrid dan juga driver.
Masuk-masuk aja sudah terbentang set-set custom golf seperti shaft dari berbagai jenis ( Fujikura, Mitsubishi dll ) dan juga club head EPON yang mencecah RM850 seunit.
Kemudian adalah 2 fitters sedang buat kerja. Saya pun terus ke Ping demo set dan mencuba pelbagai iron dari Ping seperti
- Faith
- i20
- K
- S56
Dan bila dapat swing iron 7 dari i20, memang butter feel sungguh. Ishh sungguh geram. Jadi, bagaimana custom Ping boleh membantu anda dalam memperbaiki permainan anda ?
Pertama, mereka akan ukur ketinggian anda dan jarak tangan ke lantai. Dalam kes saya, ketinggian ialah 186cm dan jarak tangan ke lantai ialah 56cm. Jadi saya sesuai menggunakan Ping Green Dot atau White Dot.
Kemudian, akan ukur pula saiz tapak tangan . Setelah diukur, chart saya ialah antara Gold dan Oren
Dan akhirnya, mereka akan ukur swing speed menggunakan Launch Monitor untuk menentukan shaft dan club face yang sesuai. Setelah diukur, kelajuan untuk Driver saya dalam 100mph - 115 mph.
Jika membeli 1 club sahaja, ianya mengambil 1 bulan manakala jika 1 set terus, 1 minggu dan boleh tempa nama anda di club face ( engraving ) dengan bayaran extra RM25 per club.
Dengan cara ini, anda akan tahu Ping Color Code anda dan bermain dengan menggunakan club yang sesuai dengan ketinggian,kelebaran tapak tangan dan juga dengan cara anda swing.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan