Khamis, 31 Mei 2012

Kembali

Salam sejahtera semua.

Dah lama dah tak menulis blog. Sibuk sebab siapkan RTM Mobile CDN ( http://www.rtm.gov.my/mobile ) dari A sampailah Z. Alhamdulillah, akhirnya berjaya dilancarkan dengan jayanya di UPSI kelmarin.

Jadi sekarang ini saya sibuk pula dengan GOLF. Iya, sukan yang abah saya pernah paksa main masa zaman sekolah dulu di kala saya sibuk dengan tenis. Zaman kecik-kecik dulu manalah minat golf sebab tiada kawan-kawan yang main golf. Balik-balik main dengan PRO atau kawan-kawan abah, memanglah kena lipat dengan mereka.

Jadi pada usia 35 tahun ini, saya kembali main golf. Padahal pada tahun 2000 dulu pun gila main golf. Sebabnya kawan-kawan di pejabat dah sibuk nak start main balik, jadi saya pun terikut sama.

Jadi, posting-posting saya selepas ini akan berkisar mengenai golf sahaja. Development CDN dan Programming pun akan diselit bersama. Saya akan berkongsi ilmu, bagaimana saya setup CDN dengan harga mampu milik.

Azril Nazli a.k.a The Golper :D
013 6767 057


Tiada ulasan:

Catat Ulasan