Khamis, 31 Mei 2012

Set iron baharu, Ping Zing


Dan saya mempunyai masalah besar dengan iron Honma CL606 yang diwarisi dari abah saya. Bola sentiasa flight ke kanan dan shaft terlalu pendek untuk ketinggian saya , 1.81M atau 5'11".

Jadi saya ke RGT Kelana Jaya untuk mencari set yang sesuai dengan ketinggian dan tidakla merobek poket saya sampai kena makan maggi.

Budget saya cuma bawah RM1000/= dan set tersebut kena bertahan selama 3-4 tahun.

Spek permainan saya
- UPM score dalam 90s ( 45 + 45 )
- Kelajuan swing speed Driver dalam 110mph-115mph

Jadi dari situ, saya tahu yang saya cuma memerlukan set besi untuk peningkatan permainan sahaja atau dalam bahasa inggeris iron set for game improvement.

Dan saya memang peminat tegar set PING dan masa membelek-belek set 2nd hand di RGT, nampaklah 2 set penuh Ping EYE2 BeCU dengan siri number yang sama. Cukup rare dan harganya Rm2K !!

Apa yang menyebabkan Ping EYE2 sungguh legendary ?
  • Kontroversi Wedge U Groove yang membuatkan bola spin amat laju dan menyebabkan PGA mengharamkan pengunaan Wedge Ping EYE2
  • Phil Mickelson dan Joh Daly menggunakan Wedge ping EYE2 dalam tournament dan menyebabkan pesaing-pesaing mereka menyatakan ketidakpuashatian mereka terhadap pengunaan Wedge Ping EYE2
  • Masa pengenalan Ping EYE2, ramai Tour Pro menggunakannya padahal set tersebut ialan untuk game improvement sahaja.
Jadi untuk set 1984 pada harga Rm2k, saya cukup tidak mampu dan akhirnya saya memilih Ping Zing White Dot ( 1st Edition ) dengan shaft Karsten Regular. Iya, club set yang dinobatkan paling huduh dalam sejarah permainan golf. Saya cukup meminati Ping Eye2, Ping Zing.

Disebabkan Ping Zing terlalu huduh sehingga ada yang tidak boleh bermain golf dengan hanya melihat kehuduhan club headnya, maka Ping mengeluarkan Ping Zing 2, dengan tujuan untuk mengurangkan kehuduhan Ping Zing.

Bagi saya, kehuduhan Ping Zing adalah perkara kecil. Setelah berbincang dengan Uncle Singh RGT, akhirnya Ping Zing dari SW,GW  hingga 3 iron menjadi milik saya pada harga yang amat munasabah.

Kondisi sangat baik, dan serial number semuanya matching. Dan untuk ketinggian saya, White Dot amat menepati. Kepanjangan shaft pun membuatkan saya tidak perlu tunduk seperti menggunakan Honma. Honma direka untuk pemain Asia yang rata-ratanya pendek dan rendah.

Bagaimana rasanya Ping Zing jika dibandingkan dengan Honma CL606 ?
  • Honma memberi lebih rasa dan lebih jauh
  • Ping Zing memberi ketepatan yang jitu dan ball flight yang agak tinggi
  • Ping Zing boleh whack dan masih straight
  • Saya boleh pukul long iron Ping Zing ( 4 dan 3 ) dan drop dalam 180m
Skill saya masih tidak memerlukan untuk 'shaping the ball' walaupun Honma memberi kelebihan jarak berbanding Ping Zing. Contohnya iron 7 honma membolehkan bola saya jatuh pada mark 150m, manakala iron 7 Ping Zing dalam 140m tetapi disebabkan konsistensi Ping Zing dan ketepatan, membuatkan saya memilih set tersebut.

Jadi, jika anda inginkan set yang membolehkan anda score turun hingga 70s, pilihlah Ping EYE2 atau Ping Zing





Tiada ulasan:

Catat Ulasan