Memaparkan catatan dengan label rumah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rumah. Papar semua catatan

Jumaat, 8 Oktober 2010

Harga rumah di Kota Warisan

Tahun 2007 dulu semasa saya jalan-jalan cari rumah di Kota Warisan, memang kawasan ini agak lengang, perfect untuk famili yang suka kedamaian. So saya pun sign up untuk beli fasa pertama rumah teres Super Link 22x75 pada harga RM247k. Jangkaan siap pada October 2010.

Sekarang ada fasa 2 dan 3 rumah design yang sama tetapi pada harga RM310k ( peningkatan 63k dari harga fasa 1 ). Harga jualan rumah yang siap pada 2010 pula ialah Rm345k ( http://www.mudah.my/2+sty+Terrace+Kota+Warisan+DENGKIL+SEPANG-6995893.htm )

Kemudahan-kemudahan yang ada di sini
- stesen ERL
- Tesco akan dibuka bersebelahan Shell
- Gated Township

Rumah 1 tingkat Semi D yang siap pada tahun 2001 kini sudah mencapai harga RM260k ( harga asal dalam RM160k )

Sesi pasang lampu lagi...

RM240 @ House of Lightings, Puchong

Hall 1
Kipas n Lampu

Wall Lamp


Sambungan dari semalam sebab kontraktor tak bawak tangga tinggi nak pasang lampu. So malam nih pasang 1 lampu kat 2nd hall. Then pasang lampu kat utiliti room dan betulkan kipas punya alignment.

Upah RM157, mahal ....maybe sebab kos dia datang jauh, dan pasang lampu hall yang super kompleks.

Khamis, 7 Oktober 2010

Pasang Langsir , Lampu dan Kipas Bilik

Nak dijadikan cerita, rumah aku ada 4 bilik dan 3 hall

Hall kat bawah dah pasang kipas jenama KDK RM300 1 unit. Nak beli semua set KDK untuk bilik mau makan maggi. So pergi House of Lightings dekat Perabot Jati Puchong. Kami beli 4 unit kipas jenama Cosa ( Alpha ) 5 blade pada harga RM150 1 unit. Sambil-sambil tu beli sekali

- lampu outdoor ( mailbox )
- lampu garaj
- lampu untuk hall atas
- door bell

Habis shopping dekat RM1200/=
Upah pasang RM180

Langsir : 2400
Upah hantar : 130
Upah pasang : 260
Upah tambah railing : 180

Total kopak bulan nih : RM4350

















Selasa, 5 Oktober 2010

Rumah : Kos Pasang Langsir

Baru habis RM2,500 untuk tempah langsir dari Macy , Minlon

Upah hantar : RM130 ( luar kawasan )
Upah pasang : RM260
Extra pasang railing ( dapur, tingkat depan, bilik utiliti ) : RM180

Hari nih nak beli 4 kipas untuk bilik
Anggaran 1 kipas RM130 yang guna blade fibre glass

Kemudian kena budget RM2000 untuk pasang grill besar untuk dapur dan RMxxx untuk owning dapur.

Ahad, 25 Julai 2010

DIY Pasang Lampu

Nak cuba DIY lampu ? Saya nak berkongsi cara mengenai bagaimana nak assemble lampu sendiri.

 Pertama keluarkan mentol dan cuba susun dahulu, dahlah banyak lubang. Nampak tak pemegang alumium macam bentuk tanda soal ? Klik ini akan memastikan mentol tidak menyentuk besi pemegang lampu, Cuba test dulu pemegang ini mengikut kedudukan.

Silap drill, lampu terus tak nyala

Tuhlaa lain kali sebelum drill, kesan dulu kedudukan wayar, jangan mau hentam aja. Kan dah kena. Nak dijadikan cerita, selepas selesai pasang lampu dapur, lampu tak bernyala. Nayalah, sure terpotong wayar lampu.

Menyuruh seorang Software Engineer pasang lampu ( Sofian @ Adik Ipar )

Hentam sajalah labu,susah sangat kita pecahkan siling , pastu sambung balik

Kedai Kipas Murah KDK 5 blade Puchong


Rumah memerlukan kira-kira sebanyak 7 buah kipas, tapi saya belilah 2 unit dulu. Selepas baca-baca di internet tentang review kipas, saya hanya memilih kipas 5 bilah beserta alat kawaslan jauh dari jenis Panasonic dan KDK sahaja.

Kisah masuk rumah


Saya bukannya ada banyak cash sangat, jadi proses masuk rumah nih bergantung kepada kekuatan kewangan, dan tak berapa urgent sangat nak masuk rumah baru.

Kelmarin baru menghabiskan kira-kira RM800 untuk beli lampu. Jadi minggu ini memang plan nak pasang lampu.

Tangga pulak tak menepati spefikasi ketinggian siling, terpaksa pinjam tangga dari saudara Asnor Volvo T5
Haa nasib baik rumah dia dekat, angkut tangga jalan kaki aja.


Drilling Tool, saya dan adik ipar gunakan Black & Decker hammer drill ( RM160 ). Memang senang nak tebuk sebab mempunyai tukul besi terbina dalam. Tapi terlupa pulak nak beli alat pengesan kedudukan wayar. Dah kena beli lagi kat hardware.

Isnin, 12 Julai 2010

Kedai Lampu Murah Puchong

Lokasi sebelah kedai Top Ten , sebelah Tesco Puchong, Nama kedai YT Lightning Trading

Masa sampai, kedai nih penuh dengan orang

Beli 2 set lampu nih, RM100 siap mentol save energy

Lampu untuk hall utama, RM145 per set siap 3 biji mentol save energy

Lampu untuk dining hall. tag kata RM409, belum tawar lagi

Ahad, 11 Julai 2010

Cuci Tangga, Tanam Rumput Carpet beli Lampu



Semangat nak duduk rumah baru semakin meluap-luap. Jadi hari ini aku buat 3 agenda

1. Tanam Rumput Carpet
Kuarters yang aku duduk sekarang memang dah tanam rumput carpet lagi sejak 2003, so aku pun mencangkul nak tanam rumah belah sana pulak. Ingat tak penat nak cangkul, mencurah curah peluh. Yerlaa dah berkurun tak berkebun.

2. Tangga
Semalam masa basuh rumah, tangga rumah penuh dengan tompokan simen. Aku beli satu cecair penanggal kotoran/simen dan gosok, simen tanggal dengan senangnya, yang tak bestnya cecair nih asid pekat, kena tangan cukup bisa

3. Lampu
Jalan-jalan kat Puchong nak pergi House Of Lights, masuk Tesco jumpa pulak kedai lampu yang penuh dengan orang. Kedai nih menghadap jalan dan sebelah kedai lampu terkenal, Top Ten. Setelah browsing selama 30 min, sambar 2 set lampu untuk ruang tamu utama dan 2 set lagi untuk dining, siap dengan mentol save energy.

4. Langsir
Ingat nak singgah Macy tengok design langsir, tengok jam dah nak Maghrib. Maybe next week.

Jumaat, 9 Julai 2010

Proses keluarkan akaun 2 KWSP untuk bayar pinjaman rumah

Anda mempunyai caruman KWSP akaun 2 ? Kebiasaannya, Akaun 2 digunakan untuk membuat downpayment rumah dan jugak untuk meringankan bayaran bulanan rumah anda.

Untuk membuat pengeluaran bayaran meringankan bayaran bulanan anda, ikuti langkah berikut :

1. Pastikan jumlah Akaun 2 anda menerusi KWSP

2. Pergi ke bank anda dan mintak mereka sediakan maklumat pengeluaran akaun 2 KWSP. Anda kena bawa dokumen berikut :
S&P Asal
Salinan kad pengenalan
Surat lawyer berkaitan perjanjian rumah

3.Bayaran biasanya RM20-30 untuk pihak bank siapkan dokumen ini dan biasanya mengambil masa selama 2 minggu.

4. Bila surat dari pihak Bank dah siap, biasanya maklumat yang terkandung ialah jumlah pinjaman, no akaun pinjaman, balance pinjaman,

5. Pergi ke mana-mana cawangan KWSP, tapi sebelum itu photostat S&P,Surat Bank, dan Kad Pengenalan. Bila tiba di kaunter anda akan diberikan satu borang berkaitan pengeluaran akaun 2. Minta 2 salinan borang tersebut dan isi.

6 Ambil no giliran dan pihak KWSP akan teliti borang anda

7. Tunggu 1 bulan dan duit akan dikreditkan masuk ke bank loan anda

8. Bergantung kepada jumlah akaun 2 anda, anda boleh kurangkan bayaran bulanan atau terus tak payah bayar pinjaman selama setahun ( bergantung kepada jumlah )

Khamis, 8 Julai 2010

11 sebab mengapa pilih rumah di Kota Warisan


1. Dekat dengan Putrajaya Megacity
2. Komuniti dari pekerja berpendapatan tinggi dari Cyberjaya,Putrajaya, Klia dan Lcct
3. Hentian ERL
4. Design rumah yang moden dan bersaiz besar
5. Tesco Superstore akan dibuka
6. Berdekatan dengan jalan utama KLIA - Putrajaya -Puchong
7. Permintaan sewaan yang tinggi ( Putrajaya,Klia/Lcct/Cyberjaya )
8. Sekolah dan kedai-kedai telah beroperasi tahap sepenuhnya
9. Aman dan damai, tiada hiruk pikuk seperti di Kuala Lumpur
10.  Berdekatan dengan Erl, Klia, Lcct
11. Harga property yang menjunam naik kerana permintaan yang sangat tinggi. Jualan rumah baru seperti goreng pisang panas

Rumah nih dah naik harga sampai 350k-390k @ Mudah.my

Rumah Teres Kota Warisan, Sepang

Nak dijadikan cerita, masa MAPEX ( Malaysia Property Fairs, Exhibitions, Conferences & Seminars ) 2007 di Midvalley, kami berjalan jalan mencari rumah impian. Cadangnya nak beli area berdekatan Putrajaya. Jadi pilihan yang ada, Taman Equine dan Kota Warisan.

Jadi masa belek-belek sample brochure rumah Kota Warisan, kami dah tertarik hati sebab saiz yang agak besar, 22x75 dan built up dekat 2200 sqft.

Terus bayar downpayment dekat RM1k time tu jugak dan pilih no lot. Rumah dijual pada harga RM247,000.00 dan dapat diskaun 7% sebab Bumiputera. Downpayment selebihnya guna akaun 2 KWSP ( 10% dari harga rumah ). Loan kami pilih dari Affin Bank.

Jangka siap rumah ialah pada November 2009 ( 2 tahun development ), dan bulan 10 2009, kami dah dapat kunci.

Haa time nih menjawablaa nak renovate rumah, kitchen kabinet, grill dan sebagainya. SO buatlaa grill dan kitchen kabinet tempahan khas. Seterusnya buat lampu sorot/ twillight kat semua bilik atas. Habis jugaklaa berbelas ribu ( in cash ! )

Masa blog ini ditulis, kami dalam proses nak pasang lampu,kipas,aircond dan juga langsir. Lambat masuk sebab wife pulak kena kerja @ Kelantan selama 3 bulan disebabkan Banci 2010.

So sekarang dalam proses nak beli lampu dulu.