Memaparkan catatan dengan label kelantan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kelantan. Papar semua catatan

Ahad, 18 Julai 2010

Mengembara ke Kelantan bersama Proton Satria Neo

Singgah makan nasi ayam di Tumpat

Shopping di Pengkalan Kubor

Stesen Keretapi Tumpat



Sepanjang trip saya ke Kelantan dari KL, saya menggunakan Satria Neo Non CPS 1.6 MT. RM50 boleh pusing KB-PP-Tumpat, dan masih ada 2 bar. Enjin Campro memang jimat. Nak dijadikan cerita, isteri saya perlu bertugas di Kelantan kerana terlibat dengan Banci 2010 yang akan berakhir pada September 2010. Jadi dia sendiri drive kereta nih dari KL ke Kelantan ( first time pulak tu ). 4am bertolak dari KL dan sampai dalam pukul 12 tengah hari ikut Gua Musang.

Jadi setiap bulan, saya akan turun ke Kelantan sebanyak 2 kali, dan gunakan kereta meronda Kelantan. Minyak jimat, handling pun ok ( sebab dah masuk suspension R3 ).

Pakar Kereta Continental Kelantan


Pak Usu saya memang kaki kereta, terutamanya Alfa Romeo. Sebelum ini beliau pernah menggunakan Alfa 146 1.6 Boxer dan kini Alfa 155 1.8 Twin Spark. Baru-baru ini saya berkesempatan untuk mengunjungi beliau di Pasir Puteh , Kelantan.

"Kereta jumpa doktor, dah 3 minggu tersadai di bengkel", ujar beliau. Rupanya flywheel sensor dah rosak, beli kat Kota Bharu dekat RM400 dan suruh mekanik pasang. 

Jadi saya dan Pak Usu pun melawat Alfa Romeo yang terletak di bengkel ( Cherang Ruku ). Sampai aja di sana, banyak kereta continental menunggu giliran untuk dibedah. Saya difahamkan mekanik ini adalah bekas specialist Volvo, Federal Auto. Mekanik pakai rumah banglo yang kalau di KL dah tentu berharga jutaan ringgit.

Mercedes W124 ada, C Class pun ada, Citroen pun ada, pendek kata penuh dengan kereta conti sahaja. Menurut Pak Usu saya lagi, dia nih pakar dalam bab troubleshooting masalah enjin. Tak pakai OBC/OBC2 reader, trial and error. Rasanya kalau dia guna OBC reader lagi cepat roubleshoot problem.

Kualiti Celcom Broadband di Tumpat, Kelantan

Untuk sambungan ke internet, saya menggunakan perkhidmatan Celcom Broadband basic package ( RM68 sebulan ). Jadi saya mencuba kualiti signal di bandar Tumpat, Kelantan. Hasilnya memuaskan. Saya boleh akses SSH di server yang terletak di Jaring Data Center tanpa masalah. Ping ke JARING menunjukkan average 135ms

Makan : Sate Pasar Tumpat, Kelantan



Lapar betul perut nih. Driving kereta dekat 1 jam 15 minit dari Pasir Puteh hingga ke Tumpat, Kelantan. Bila sampai sahaja ke Pejabat Penerangan Tumpat ( Wife kerja sini handle Banci 2010 area Tumpat ), aku pun berjalan ke pasar yang dalam 10 minit berjalan kaki. Kat sini pagi pagi dah sibuk, parking kereta pun dekat dalam simpang depan Pejabat Penerangan.

Pasar Tumpat nih kecik aja, tapi banyaklaa orang perempuan berniaga ( rata-rata memang perempuan aja ) sayur, sate,buah-buahan. Yang bestnya, kat sini ada Cina tempatan cakap bahasa Kelantan bila berurusniaga, fasih pulak tu. Kalau kat Batu Pahat,Johor, cina sana cakap melayu pun pelat.




 Pagi nih, Kelantan baru lepas hujan, jadi cuaca sejuk macam di Cameron Highland. Bila berjalan-jalan tu, nampak pangkin tempat orang melepak. Jadi bila masuk pasar, aku nampaklah cara orang sini berniaga. Setiap peniaga akan mempunyai satu ruang berniaga, dan mereka akan duduk bersila sambil melayan pelanggan. Sayur-sayur pun nampak segar, mungkin ambil terus dari petani-petani di sini.


So aku sampai lah ke destinasi yang dituju. Peniaga satey di pasar Tumpat. Kalau naik kereta, boleh nampak asap satey nih naik ke atas berkepul-kepul. Satey nih 15 cucuk ( ayam & daging ), harganya dalam RM10. Dibungkus dalam kertas ( macam nasi lemak ). Memang penuh orang beratur nak beli satey dengan makcik nih. Disebabkan aku tak pandai berbahasa Kelantan, aku guna bahasa surat ( rasmi ). Sateynya, besar-besar belaka ( macam satey kajang ), ambil fresh dari tempat pembakaran, maybe suaminya dia yang bakar satey di belakang gerai, isterinya manage pelanggan.
Tunggu tak lama, sebab aku datang awal, so sekarang satey dah dapat, tengah cari port makan pulak. Tadi masa nak ke gerai sate nih aku nampak pangkin tepi jalan. Untuk orang awam agaknya, duduk bersila sambil makan dan baca surat khabar.


Dan berjaya juga aku merasa satey Tumpat. Isinya memang lembut, fuhh enak ( maybe perut lapar ), tapi kalau dibandingkan dengan satey HJ Samuri Putrajaya, memang jauh lagi sedap satey Tumpat. Lembut, isi banyak...cuma kuah satey dia tak pedas.

Lokasi: 6.1985 N, 102.1716 E


View Larger Map

Kesihatan : Klinik Pakar Mohd Harun Pakar Sakit Kulit Kelantan


Aku singgah klinik nih sebab nak ubat ekzema  kat kaki. Klinik nih terletak di tengah-tengah daerah Kota Bharu, Kelantan, dan dia memang specialist untuk sakit kulit. Dengar aja klinik pakar kat KL sure gerun, kalau dalam poket takder RM500 kira tak payahlah nak pergi. So, masa stay di Kelantan nih, wife bawak aku pergi jumpa pakar nih nak ubat ekzema. Sebab sebelum nih pergi klinik biasa di KL, diorang cuma bagi ubat tahan gatal dan krim, harga RM50, macam ubat demam selesema aja.

Aku aku luangkan masa pergi ke klinik nih, dan servisnya memang ok, cuma kena bersabar sikitlah,sebab ramai pesakit yang datang sini. Dinasihatkan supaya datang awal.

Doktornya dalam pertengahan umur, suka berborak. Dengan hanya tengok aja ekzema tuh, dia dah tau ubat apa yang kena makan. So aku kena pantang makan, seafood pun tak boleh makan. So ubat dia memang banyak, pil dan 3 ubat sapu. Harganya RM58/= ( murah )

Ni kali kedua datang sini untuk rawatan susulan. Rawatan yang pertama pun RM58/= dan ekzema kat kaii dah mula baik, dah tak gatal bila berpeluh. So memang berkesanlah treatment dia. Dulu aku dah pusing satu KL nak ubat, kesan pun takder, sampai masuk Hospital Putrajaya, pun dia bagi ubat sapu dan suruh jaga makan.

Hari Jumaat, rasanya klinik tidak beroperasi. Jika anda ada masa kulit, bolehlah cuba servis professional dari Dr Haron.

Lokasi : depan hotel Raudhah, Kota Bharu, Kelantan
Wikimapia : http://wikimapia.org/8270629/HOTEL-RAUDAH

Makan : Alemy Maggi Ketam Cherang Ruku



Nih aku nak share makan sedap di Pasir Puteh, Kelantan. Nak dijadikan cerita, Pak Busu aku bawak pergi makan di satu kedai Melayu, di Cherang Ruku, Pasir Puteh, Kelantan.

Perjalanan dari pekan Pasir Puteh dalam 20 minit, menghala ke Tok Bali. So, bila kami sampai di sana,kami pelanggan pertama. Ingatkan cepat servis dia, tapi disebabkan malam itu malam minggu, ramai keluarga lain dan pre order dengan telefon dahulu tokey kedai. Kami tunggu pun dalam 15 minit sahaja untuk menikmati hidangan Maggi Ketam.

Bagaimana resipi ini wujud ? Menurut Pak Sedara, nelayan Kelantan akan bawa bekalan Maggi ke laut untuk bekalan makanan, jadi bila sampai di laut, mereka rebus bersama ketam untuk jadikan sajian utama. Jadi lema-kelamaan, menu ini dikomersialkan untuk santapan orang awam. Begitulah kisahnya.

Bagaimana rasanya ?
Semalam saya mencuba makan udang goreng di Pasar Seri Khadijah, Kota Bharu, memang puas makan udang walaupun harganya RM10 seekor Jadi hari ini , saya mencuba Sup Maggi Ketam. Ketamnya mudah nak diratah sebab dah direbus hingga lembut, cuma kena ada skill tangan nak leraikan isi ketam.

Ketammnya memang top class, besar,manis dan segar. Ditambah pula dengan aroma sup Maggi yang telah meresap, memang tak terkata. Aku makan ketam dulu, asingkan dengan maggi, ada diberikan pingan besar untuk meratah ketam. Boleh dikatakan, ketamnya segar-segar belaka. Sedang sibuk kami makan, semua meja-meja kiri dan kanan dah dipenuhi orang tempatan. Nasib baik datang awal.

Alamat :  No10 Bazar MDPP, Cherang Ruku, Pasir Puteh, Kelantan.


View Larger Map