Kereta adik ipar. Software Engineer ( VOip) yg minat kereta. Baru pasang suspension Sapura Leda tadi @ Dengkil. Upah boleh tahan mahal, RM80 untuk pasang spring sahaja.
Mods
- Sapura Leda Suspension
- Ultra Racing 2 pt Strutbar
- Ultra Racing anti roll bar ( rear )
Memaparkan catatan dengan label kereta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kereta. Papar semua catatan
Ahad, 1 Ogos 2010
Jumaat, 30 Julai 2010
Helang Lebuh Raya Evo 10 terbabas
Dapat dari blog member yang dia pun dapat dari blog orang lain . Nampaknya teknologi 4WD tak dapat mengelakkan kereta RM300,000 ini dari terbabas sewaktu hujan.
BMW E39 M Sport Wannabe
2003 CKD E39 520iSE Full Spec Double Vanos
Ingatkan dapat fully M-Sport 520iSE , tapi cukuplaa yg nih. Selepas 4 bulan ownerships, so far kereta nih very excellent. Even pakai rim 16" dengan suspension ori pun dah lebih dari cukup. Punyalah lama kumpul duit nak pakai benda nih, memang kena bisnes baru boleh keluar sebiji.
1990 E34 520i M20B20
So, saya memang plan nak pakai sampai cash E39 nih, dulu hajat yang sama bila pakai E34 :)
Planning lepas nih
1. Full service, wear and tear parts
2. Suspension & absorbers
3. 18" M Sports Sport Rims
Keep her healthy and gorgeous at all time.
Selasa, 27 Julai 2010
Rabu, 21 Julai 2010
Kelebihan kereta berkuasa diesel
Kalau di Eropah, kereta berkuasa diesel amat popular di sana disebabkan jumlah jarak yang boleh dicapai berbanding kereta berkuasa petrol.
Jika anda peminat siri kereta lumba Le Mans atau World Touring Car Championship di saluran sukan Astro, kereta lumba berkuasa diesel telah menguasai arena. Audi R10 TDi yang berkuasa diesel sudah banyak memenangi siri perlumbaan Le Mans dan menjasi pasukan yang agak mustahil untuk ditewaskan.
Audi R10 TDi
Jika anda peminat siri kereta lumba Le Mans atau World Touring Car Championship di saluran sukan Astro, kereta lumba berkuasa diesel telah menguasai arena. Audi R10 TDi yang berkuasa diesel sudah banyak memenangi siri perlumbaan Le Mans dan menjasi pasukan yang agak mustahil untuk ditewaskan.
Selasa, 20 Julai 2010
PJ Car Sunday Sales : Mencari BMW terpakai
BMW atau disebut Bayerisch Motoren Werker dalam bahasa Jerman adalah pilihan popular pengguna kereta segmen mewah di Malaysia. Varian yang dibawa masuk ke dalam Malaysia boleh berupa CBU atau CKD. Jadi nak beli BMW second hand, kena sabar dan tidak boleh terburu-buru macam beli baju. Saya sendiri menghabiskan masa dekat 4-5 bulan untuk survey barulah berjumpa dengan kereta idaman.
Jadi,di mana nak mulakan pencarian BMW ? Saya jenis yang suka tengok kereta depan mata tanpa gangguan dealer. Jadi pilihan saya yang pertama ialah PJ Used Cars Sunday Sales yang terletak di Petaling Jaya
FS: BMW E30 RB20DETTTurbo
Saya cuma menolong rakan Facebook untuk menjual BMW E30 yang telah dikahwinkan dengan enjin turbo.
engine rb20det fully balance, clutch os giken twin plate, intercooler evo6, front disc rb20,rear disc rx7 fc3s, custom muffler 3 inch piping, seat evo4 front & rear, meter nismo 260kmh, have 3 extra gauge, bodykit original mtech, original skyline spoiler, s'rim 17 inch panasport fully aloy front 7 rear 8, serious buyer only.
Harga : RM27 777.00
Link : http://www.mudah.my/Bmw%20e30%20turbo-6609384.htm
Proton Pesona Wagon R Spy Shot
Pandangan sisi Proton Pesona R
Proton Pesona Wagon R ?
Diambil dari blog paultan yang ditempek di forum CARI. Jadi nampaknya Proton juga nak ikut jejak langkah gergasi automotif dengan menawarkan model sports wagon seperti :
1. Toyota Caldina ( sebenarnya Toyota Corolla Wagon versi Sport )
2. Volvo V60
Mari kita nantikan kemunculannya di jalan raya.
* insider info
- engineer Proton gelarkan dia Pesona Wagon R
- chassis dari Proton Exora
- enjin kemungkinan Campro 1.6 Turbo
- kod projek dinamakan Project Pheonix
10 Cara jimat minyak dengan kereta transmisi automatik
Transmisi automatik ( amalkan guna D sahaja )
Baru baru ini kerajaan BN mengumumkan kenaikan harga minyak untuk RON95 kepada RM1.85 seliter. Jadi jika kereta anda menggunakan 100 liter petrol seminggu, kenaikkan ialah sebanyak RM5.
Rasa-rasanya ramai warga kota yang menggunakan kereta transmisi automatik dan mengeluh dengan milage kereta yang semakin hari semakin menurun.
Jadi bagaimana nak jimatkan minyak ?
Ahad, 18 Julai 2010
BMW E90 Matte Black
Ingatkan dalam Malaysia tak jumpa BMW E90 menggunakan skema warna Matte Black. Ada rupanya. Kereta kepunyaan super VVIP yang menghadiri sukan Polo yang bertempat di Taman Ekuestrian Putrajaya
Perodua Viva Elite Top Speed + Ultra Racing
Model ini dimiliki oleh adik ipar saya. Sewaktu dia ke Cambodia, saya menggunakan kereta ini sebagai kereta harian untuk ke tempat kerja dari Putrajaya ke Taman Teknologi Malaysia. Jarak 1 perjalanan dalam 23km.
Mengembara ke Kelantan bersama Proton Satria Neo
Singgah makan nasi ayam di Tumpat
Shopping di Pengkalan Kubor
Stesen Keretapi Tumpat
Sepanjang trip saya ke Kelantan dari KL, saya menggunakan Satria Neo Non CPS 1.6 MT. RM50 boleh pusing KB-PP-Tumpat, dan masih ada 2 bar. Enjin Campro memang jimat. Nak dijadikan cerita, isteri saya perlu bertugas di Kelantan kerana terlibat dengan Banci 2010 yang akan berakhir pada September 2010. Jadi dia sendiri drive kereta nih dari KL ke Kelantan ( first time pulak tu ). 4am bertolak dari KL dan sampai dalam pukul 12 tengah hari ikut Gua Musang.
Jadi setiap bulan, saya akan turun ke Kelantan sebanyak 2 kali, dan gunakan kereta meronda Kelantan. Minyak jimat, handling pun ok ( sebab dah masuk suspension R3 ).
Pakar Kereta Continental Kelantan
Pak Usu saya memang kaki kereta, terutamanya Alfa Romeo. Sebelum ini beliau pernah menggunakan Alfa 146 1.6 Boxer dan kini Alfa 155 1.8 Twin Spark. Baru-baru ini saya berkesempatan untuk mengunjungi beliau di Pasir Puteh , Kelantan.
"Kereta jumpa doktor, dah 3 minggu tersadai di bengkel", ujar beliau. Rupanya flywheel sensor dah rosak, beli kat Kota Bharu dekat RM400 dan suruh mekanik pasang.
Jadi saya dan Pak Usu pun melawat Alfa Romeo yang terletak di bengkel ( Cherang Ruku ). Sampai aja di sana, banyak kereta continental menunggu giliran untuk dibedah. Saya difahamkan mekanik ini adalah bekas specialist Volvo, Federal Auto. Mekanik pakai rumah banglo yang kalau di KL dah tentu berharga jutaan ringgit.
Mercedes W124 ada, C Class pun ada, Citroen pun ada, pendek kata penuh dengan kereta conti sahaja. Menurut Pak Usu saya lagi, dia nih pakar dalam bab troubleshooting masalah enjin. Tak pakai OBC/OBC2 reader, trial and error. Rasanya kalau dia guna OBC reader lagi cepat roubleshoot problem.
Khamis, 8 Julai 2010
Mitsubishi Lancer 2.0 GT accident di subuh hari...
Pukul 3 pagi, telefon berbunyi...sedara accident. Ada 4 buah kereta yang terlibat di depan Uniten. Dikatakan 2 buah kereta terbabas sebab elak kon construction dan mengakibatkan 2 lagi kereta jadi mangsa.
Kenangan bersama PMC ( Proton Mania Club )

Masa tengah bujang, aku pilaa join satu kelab yang berpusat di Shah Alam / Wangsa Maju / Bangi / Puchong yang dikenali sebagai Proton Mania Club. Memang penuh dengan fanatik kereta, SAGA VR4, Wira Evo 3, Wira GSR semuanya ada. So PMC dulu-dulu selalu anjurkan perlumbaan halal di litar lumba Batu Tiga. Management diorang pecahkan kategori kepada 3 rasanya, Open, Turbo dan N/A ikut CC. So aku masuklah kategory 1.5/1.3 CCT sebanyak 7 pusingan di BTSC.
1990 BMW E34 520i , dalam kenangan
Aku memang minat BMW, especially model 5 series E34. Design memang sentiasa evergreen. So bila dah bosan pakai Wira 1.3 GLi ( masuk trek tuh kereta nih ), pergilah beli model 1990 E34 pada harga RM34k ( agak mahal jugaklaa ), tapi rata-rata masa aku beli memang E34 semua harga 38k ++
So model yang aku beli nih, 5 speed manual dan condition sebenarnya agak teruk ( lemon car ), yerlaa time tuh takmo fikir panjang punya pasal. Pakai kereta nih pun dekat 3 tahun lepas tu jual dan tukar dengan Toyota Altis 1.8G.
Masa beli kereta ni, downpayment dekat 6k , selebihnya loan dari Bank Bumiputera Rockers, interest 5% mahal tak ingat.
So model yang aku beli nih, 5 speed manual dan condition sebenarnya agak teruk ( lemon car ), yerlaa time tuh takmo fikir panjang punya pasal. Pakai kereta nih pun dekat 3 tahun lepas tu jual dan tukar dengan Toyota Altis 1.8G.
Masa beli kereta ni, downpayment dekat 6k , selebihnya loan dari Bank Bumiputera Rockers, interest 5% mahal tak ingat.
Langgan:
Catatan (Atom)







.jpg)















