Memaparkan catatan dengan label putrajaya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label putrajaya. Papar semua catatan

Selasa, 27 Julai 2010

Training CakePHP @ Prime Minister Office Putrajaya


Dapat panggilan khas dari PMO, mereka nak saya buat training Advanced PHP menggunakan framework CakePHP 1.3. Training dibuat di ofis mereka. Nasib baik dekat dengan rumah saya di Presint 11. Student dalam 10 orang dan rata-rata mempunyai asas PHP walaupun kebanyakkanya tidak mempunyai asas OOP.

Jadi saya terpaksa tune cara pengajaran dan gunakan material pembelajaran versi mudah.

Isnin, 26 Julai 2010

Jabatan Perdana Menteri Malaysia, Putrajaya


Hari ini ada urusan di Jabatan Perdana Menteri. Saya tak pernah sampai bangunan yang paling grand dalam Malaysia ini. Yerlah pejabat Perdana Menteri kita.

So dengan senang hatinya, keluar dari Presint 11 ( sebab saya tinggal sana ) dan terus masuk ikut laluan khas perdana menteri. Terus kena tahan polis khas dan explain yang saya salah guna jalan, kena tawaf dulu bulatan gergasi presint 1 dan cari susur masuk Pejabat Perdana Menteri.

Rupanya jalanya sama macam nak pergi masjid Putrajaya dekat tasik tu. Bila dah sampai terus ke parking pelawat. 1 jam 50sen rate parking :D..Bayar RM1 pastu park sampai petang. Asal ada resit kata orang kat situ.

Jadi destinasi utama saya ialah Aras 2 Bilik Latihan Komputer SMPKE. So masa nak masuk, seperti biasa kena bagi IC, tapi yang membezakan pejabat ini dengan pejabat kerajaan yang lain, ada sistem x ray untuk scan barang dalam beg. Dan kalau bunyi beep masa melalui sistem x ray tubuh manusia, polis akan check.

Checkpoint pertama kena bagi IC dan dapatkan kad pelawat, kad ini kad pintar, untuk digunakan buka pintu dalam JPM. Ok bila dah lepas checkpoint pertama, berjalanlah ke lobi utama. Dalam 50 meter juga perjalanan menggunakan  laluan kecil. Rasa macam sesat pun ada sebab jalan sorang-sorang.

Seterusnya jumpa pintu besar, mengikut papan arah saya pun membuka pintu tersebut, hall yang sungguh besar dan indah menanti saya. Macam masuk dewan besar White Castle dalam cerita Lords Of The Ring 3. Memang terpegunlah dengan hiasan dalaman. So saya berjalan lagi ( macam mengembara pun ya  juga ), dan jumpa checkpoint 2. Kena tulis nama dan IC. Memang banyak polis dalam bangunan ini. Kemudian naik tingkat 1, dan akhirnya sampai ke destinasi.

Saya mengambil masa dekat 15 minit jalan kali dari kereta ke destinasi. Inilah kali pertama saya berjalan sebegitu jauh. Yang bestnya, air sinki kat sini semuanya heated. Sebab udara di dalam memang dingin.

Secara ringkasnya, saya cukup kagum dengan White House Malaysia ini, cukup bangga !

Ahad, 25 Julai 2010

Ayam kedai Mamak Putrajaya P9 ada telur lalat !

Mulai hari ini, aku tobat taknak makan kedai mamak lagi. Sungguh pengotor. Alkisahnya saya dan adik ipar kepenatan pasnag lampu dan kipas di rumah baru area Kota Warisan. On the way balik, kami singgah ke mamak kembar di selera putra Presint 9.

Saya order nasi goreng ayam dan Sofian order nasi lemak ayam. Nak dijadikan cerita dan 50% makanan masuk perut, Sofian tiba tiba terkejut,ada telur lalat dalam ayam !

Rabu, 21 Julai 2010

Nasi Lemak Kukus Ayam Berempah Putrajaya

Cadangnya hari ini tak nak makan nasi. Selepas berjaya 2 hari cuma makan mee sahaja, demi nak turunkan berata badan dari 85kg ke 83kg, tapi bila dalam perjalanan balik ke Putrajaya dari Taman Teknologi Malaysia, sudah terbayang dalam kepala otak, bestnya makan nasi lemak kukus ayam berempah Putrajaya.

Jadi gagallah misi saya untuk tidak makan nasi selama seminggu. Saya memandu kereta ke medan selera Presint 9. Nampak dari jauh parking dah penuh, kereta bersusun kiri dan kanan. Mungkin semua orang lapar seperti saya, ditambah pula dengan cuaca dingin sebab hujan.

Nama gerai penjual nasi ini, Nasi Lemak Kukus ( rasanya ). Boleh pilih nak makan nasi ayam atau nasi lemak. Ayam yang terhidang baru sahaja naik dari kuali yang panas, jadi saya order yang ayam peha, mintak sambal lebih dan sekeping telur mata. Harum bau nasi lemak, ditambah pula dengan aroma ayam berempah dan dihidangkan dengan daun pisang, memang pembuka selera.

Harganya dalam RM6.50, tapi berbaloi. Ayamnya segar dan cukup rasa. Smabalnya tak pedas sangat, bolehlah untuk orang yang gagal tahan pedas seperti saya. Minum pula air soya sejuk.

Jadi di mana anda boleh menjamu selera nasi lemak di atas ? Sila ke posting saya sebelum ini, Mee Rebus Sup Tulang Haji Wahid, ianya berada di lokasi yang sama.

Rabu, 14 Julai 2010

Mee Rebus Tulang Merah Haji Wahid Putrajaya





Aku yang duduk Putrajaya sejak 2003 nih boleh tak tau ada makan sedap rupanya kat Medan Selera Presint 9. Nama dia Mee Rebus Haji Wahid. Rasanya cukup sedap, lagi-lagi ratah tulang merah tu.

Harga : RM7.50

Map ke sana : http://wikimapia.org/5520099/Medan-Selera-Presint-9

Putrajaya to Technology Park Malaysia

How to get to TPM from Putrajaya, this video show you how