Memaparkan catatan dengan label golf. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label golf. Papar semua catatan

Khamis, 31 Mei 2012

PING Custom Fitter di RGT Kelana Jaya

Saya dah kemaruk golf, tadi lunch hour ikut member pergi RGT Kelana Jaya untuk custom made iron 7 Ping.

Lokasinya terletak di atas RGT Kelana Jaya, ada 2 ruang untuk test irons,wood,hybrid dan juga driver.


Masuk-masuk aja sudah terbentang set-set custom golf seperti shaft dari berbagai jenis ( Fujikura, Mitsubishi dll ) dan juga club head EPON yang mencecah RM850 seunit.

Kemudian adalah 2 fitters sedang buat kerja. Saya pun terus ke Ping demo set dan mencuba pelbagai iron dari Ping seperti
  1. Faith 
  2. i20
  3. K
  4. S56

Dan bila dapat swing iron 7 dari i20, memang butter feel sungguh. Ishh sungguh geram. Jadi, bagaimana custom Ping boleh membantu anda dalam memperbaiki permainan anda ?

Pertama, mereka akan ukur ketinggian anda dan jarak tangan ke lantai. Dalam kes saya, ketinggian ialah 186cm dan jarak tangan ke lantai ialah 56cm. Jadi saya sesuai menggunakan Ping Green Dot atau White Dot.



Kemudian, akan ukur pula saiz tapak tangan . Setelah diukur, chart saya ialah antara Gold dan Oren


Dan akhirnya, mereka akan ukur swing speed menggunakan Launch Monitor untuk menentukan shaft dan club face yang sesuai. Setelah diukur, kelajuan untuk Driver saya dalam 100mph - 115 mph.

Jika membeli 1 club sahaja, ianya mengambil 1 bulan manakala jika 1 set terus, 1 minggu dan boleh tempa nama anda di club face ( engraving ) dengan bayaran extra RM25 per club.

Dengan cara ini, anda akan tahu Ping Color Code anda dan bermain dengan menggunakan club yang sesuai dengan ketinggian,kelebaran tapak tangan dan juga dengan cara anda swing.

Apa yang ada dalam beg ?


Driver 1 : Taylor Made Burner + Aldila NV 65 Regular Shaft + Golf Pride Grip 10.5 deg
Driver 2 : Taylor Made R7 Special Edition 2008 + R Flex ( DRAW ) 10.5 deg
Wood 3 : Maruman Meta Bio 15 deg R Flex
Hybrid : Srixon 18 deg, Bridgeston 21 deg
Irons : Ping Zing with KTM Steel Shaft
Wedges : Cleveland CG15 50 deg, Cleveland SW 56 Deg, Titleist Vokey 60 deg
Putter : Odyssey Black Edition Blade Putter

Wilson Staff Linear XD





Saya bersama Rizal, Head of Product JARING di RGT Kelana Jaya, Asalnya kami ke sana untuk checkout beginner set . Sekali dia angkat satu beginner set. Wilson Staff Linear XD.

Apa yang ada dalam Wilson Staff Beginner  Package set ?

  • Driver
  • 3 Wood
  • 4 Hybrid
  • Iron SW,PW,9,8,7,6,5
  • Putter blade style
  • Caddy Bag


Saya pun test driver dia di Driving Range Bukit Jalil, agak straight ( slight fade ) dan touch down 200 meter. Iron memang rasa lembut. Masa nak beli tu, ada beberapa pilihan seperti :

  • Dunlop
  • Slazenger
  • Callaway Warbird
Yang membezakan Wilson Staff dengan pesaing yang lain, club head yang agak besar dan mempunyai sole dan cavity yang cantik.

Harga : RM1250.00 di RGT Kelana Jaya