Add caption |
Wowza Server Console |
HD quality streaming over RTMP using Flowplayer |
CakePHP, WowZa VOD Demo |
Web 2.0 kini semakin canggih. Sudah berlalu zaman di mana melayari internet untuk membaca text dan melihat gambar. Melihat video melalui internet kini telah menjadi satu kebiasaan. Untuk itu, saya sedang melakukan research berkaitan :
1. Teknologi yang boleh stream Live Video melalui Webcam / HD Camera
2. Menggunakan Encoder percuma seperti Adobe FMLE 2.5 / 3.0
3. Media dalam bentuk FLV / MP4 dalam format H.264
4. Boleh dilihat menggunakan Browser dan Iphone/BB/ Mobile
Pada mulanya saya memilih Adobe Flash Media Server, tetapi setelah mencuba Wowza Flash Media Server versi 2.0, saya mungkin memilih solution dari Wowza untuk solution tetap.
Ciri-ciri Wowza yang saya suka
- Anti Hotlink
- Direct MySQL Logging
- h.264, mp4,f4v,mp3
- Allow Domain ( eg, only viewable at http://azrilnazli.com )
- supports live and vod
Seharian saya setup Wowza dalam Linux CentOS dan Windows 2003 Server dan namapknya kedua-keduanya berjalan dengan lancar kecuali server saya cuma mempunyai 1 CPU sahaja ( Wowza memerlukan 4 CPU )
Ujian yang saya jalankan
1. Stream dari webcam laptop over wifi ke server di IDC @ 200kbps ~ PASSED
2. HD Video On Demand Streaming guna format RTMP/MP4 ~ PASSED
3. MySQL Database log untuk usage ~ PASSED
4. CDN integration untuk VOD/LIVE RTMP ~ PASSED
5. Wirecasting ( VOD / Live Switch ) ~ PASSED
Statistik
Disebabkan sudah ada module untuk rekod log ke dalam MySQL database, membina statistik menjadi lebih mudah. Jadi saya boleh keluarkan data seperti berikut
- TOP 10 Video On Demand
- Volume used for VOD/LIVE
- Number of users
- Total volume served
Dengan menggunakan framework CakePHP dan digabungkan dengan FusionFreeCharts, saya boleh membina antara muka interaktif untuk paparkan kegunaan video secara live.
Auto Encoding on Upload
Membina transcoding engine adalah satu tugas yang sukar, bayangkan anda membuat sistem yang boleh menerima audio/video dari pengguna dan perlu proses setiap video yang diupload ke mp4 atau flv sebelum dipaparkan ke browser. FFMPEG adalah utility yang anda perlu kuasai dan juga GEARMAN
- FFMPEG ( transcoder )
- GEARMAN ( queue engine )
- SWFUPLOAD ( flash uploader dari browser )
- CAKEPHP
Anda mungkin boleh membina Youtube versi sendiri jika menguasai semua ilmu di atas.
Kos yang mungkin terlibat
1. RM3000 untuk Wowza 1 time license
2. RM3000 untuk Wirecast
3. RM7000 4U rack + 2mb dedicated @ IDC untuk setahun
4. RM15,000 1 X 1U 4 CPU 16 GB RAM server
7. RMXXX CDN subscription untuk local deliovery dan international delivery
Boleh tahan mahal untuk running media business :D
Tiada ulasan:
Catat Ulasan